Ahli Parlimen Lumut dakwa MH370 menjunam di Laut China Selatan

 Seorang wakil rakyat PKR hari ini mengejutkan sidang Dewan Rakyat apabila mengemukakan teorinya mengenai kehilangan pesawat MH370, yang dakwanya menjunam di Laut China Selatan.

Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata, teori itu berdasarkan pengalamannya yang pernah berkhidmat bersama pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Berdasarkan pengalaman saya dalam TLDM, (dalam) teknologi radar, apabila video itu hilang, ada dua sebab saja. Sama ada kapal terbang itu meletup atau menjunam ke laut. 

"Jadi dalam hal ini saya tak puas hati dengan pendekatan kerajaan mencari kapal terbang tersebut. Saya tak yakin kapal itu menuju Lautan Hindi Selatan.

"Oleh kerana tiada video yang membuktikan kapal terbang itu berpusing dan menuju ke Lautan Hindi Selatan. Saya tuntut supaya kerajaan tunjukkan saya radar video oleh TUDM yang boleh mengesan kapal terbang itu berpusing atau menjunam," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu Ahli Parlimen Kepong, Tan seng Giaw mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, sama ada tawaran sebuah syarikat penerokaan dasar laut untuk meneruskan pencarian bangkai MH370 telah dipersetujui kerajaan dan langkah-langkah untuk memastikan tragedi MH370 tidak akan berulang.

Mohamad Imran juga menambah, teori kononnya pesawat itu menjunam di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan sebelum ini, terbukti salah apabila pencarian yang digerakkan di lokasi berkenaan langsung tidak menemui hasil.

"Saya tetap mengatakan kapal terbang itu menjunam di Laut China Selatan. Mengapa mereka tak cari di situ sedangkan terbukti pencarian di Lautan Hindi tak temui apa-apa," katanya lagi. 

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia, gagal dikesan pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana menteri pada 24 Mac tahun yang sama mengumumkan pesawat itu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana