ADUN PKR dikecam 'claim' projek BN usaha beliau...

ADUN PKR Simpang Pulai, Tan Kar Hing dikecam kerana membuat dakwaan kononnya projek pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Bersatu- Kampung Sengat, dekat Simpang Pulai atas insiatifnya sedangkan projek berkenaan atas usaha murni Barisan Nasional (BN)

Projek yang menelan kos RM400,000 itu yang memberi faedah kepada ribuan pengguna jalan raya termasuk penduduk sekitar Taman Bersatu, Kampung Sengat, Kampung Tersusun Sengat dan Taman Botani kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap akhir bulan Oktober ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din (tengahj baju putih) yang mengecam keras sikap tidak beretika wakil rakyat pembangkang itu menganggapnya sebagai  bukti pembangkang di Perak bukan sahaja ketandusan idea untuk meraih sokongan pengundi malah gemar mengambil kesempatan atas kejayaan yang diusahakan BN.

``Inilah sikap pembangkang yang gemar mengambil peluang daripada usaha orang lain dan mereka tidak pernah mengaku bahawa usaha orang lain itu membawa kebaikkan kepada masyarakat.                 

``Sebenarnya kita dalam BN amat mengalu-alukan sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang ingin membantu masyarakat tapi kita juga tidak dapat menerima sekiranya mana-mana pihak yang mengambil kesempatan atas sesuatu pencapaian yang bukan daripada inisiatif mereka,'' katanya.

Hang Tuah berkata demikian dalam satu sidang Media di Gopeng pada Ahad. Hadir sama Ketua Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie.

Menjelaskan situasi sebenar, Hang Tuah berkata, permohonan untuk pemasangan lampu isyarat itu bermula sejak 2014 berikutan kekerapan berlakunya kejadian kemalangan maut di persimpangan berkenaan.

Katanya, beliau sebagai Timbalan Pengerusi Lalu Lintas Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan mersyuarat setiap bulan dengan Jawatankuasa Lalu Lintas.

``Kebiasaannya saya jadi pengerusi  mesyuarat itu dan JKR dalam jawatankuasa tersebut dan daripada 2014, 2015 macam itulah memang setiap kali mesyuarat kita telah bangkitkan perkara ini dengan JKR dan JKR masih itu dah sedia maklum ditempat tersebut memang bermasalah.

``Memang sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali berlaku kejadian kemalangan maut dan mereka telahpun buat beberapa kajian  sama ada untuk buat lampu isyarat atau buat pusingan ( U turn)  atau kajian tutup jalan tu macam-macam kajian telah dibuat.

``Kita memohon daripada JKR daripada 2014..2015 macam tu dan kita sentiasa buat tindakan susulan ...setiap kali mesyuarat kita follow up dan ianya diluluskan pada tahun 2016 bermakna lay out dia apa semua dah lulus cuma tunggu bajet sahaja masa itu.

``Masalahnya satu masalah kemalangan keduanya masalah dia nak masuk ke Bandaraya Ipoh...jalan utama nak amsuk ke Bandaraya Ipoh..kita pula tak mahu bila ada lampu isyarat disitu akan timbul kesesakan dan sebagainya sebab terlalu banyak lampu isyarat tetapi apabila dah dijanji kita tidak ada pilihan lain kecuali buat lampu isyarat.

Jadi 2016 dah lulus untuk buat pemasangann lampu isyarat jadi permohonan bajet telah dikemuka kepada JKR Pusat oleh JKR Perak ..kemudian oleh kerana ia terlalu lama saya sendiri telah ambil inisiatif untuk berhubung terus dengan Mentgeri Kerja Raya untuk minta bantuan supaya disegerakan.

``Pada 2 Mac 2017 saya Whatsup sendiri kepada Menteri Kerjaya untuk memohon bantu dari segi bajet sebab setiap minggu kita akan terima gambar daripada penduduk..daripada ketua kampung berlaku kemalangan maut kitapun tak boleh nak tahan tengok perkara-perkara begitu so kita agak sedihlah kejadian ini berlaku kepada penduduk kita.

`Jadi kita usaha juga sehinggalah YAB Menteripun respon dan dipercepatkan perkara itu alhamdullillah dengan Datuk Heng Seai Kie masuk perkara yang sama bermakna keperluan itu betul-betul serius ..maka pada 7 Ogos lalu telah turun peruntukan daripada ibu pejabat JKR kepada JKR negeri untuk pelaksanaan lampus isyarat itu.

``Tiba -tiba ada pula yang mengaku dia yang usahakan ...dia yang menyuarakan perkara itu ...dia nak suarakan tu okey lah tak ada masalah tetapi nak take credit on that kita rasa itu mengambil kesempatanlah,'' jelasnya.

Sementara itu Datuk Heng menyifatkan tindakan wakil rakyat pembangkang terbabit sebagai satu tindakan yang tidak beretika.

``Ini adalah satu tindakan yang tidak beretika dan berhemah so in untuk menegakkan etika berpolitik di Malaysia khususnya di Gopeng ini,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana