10 Perkara Pelik Bajet Alternatif Pakatan Harapan

Apabila merangka satu elemen penting dalam pentadbiran sebuah kerajaan dengan sambil lewa, hasilnya pasti tidak memberangsangkan serta banyak kelemahan sekaligus ia tidak layak menjadi rujukan untuk sebuah belanjawan kerana kekurangan maklumat dan fakta. Itulah realitinya apabila meneliti dokumen Bajet Alternatif 2018, Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan semalam.

Dalam dokumen berkenaan ada 10 perkara mencurigakan yang dapat dilihat menjadikan bajet berkenaan adalah satu perancangan yang lemah serta meletakkan negara ke landasan untuk menjadi muflis dan semakin teruk.

1. Hasil Tidak Sama Dengan Belanja

Dalam bajet PH ini, mereka kata hasil daripada pemansuhan GST dan penjimatan lain mereka bakal mengalami kekurangan hasil sebanyak RM25.5 bilion tetapi perbelanjaan yang diperuntukkan dalam belanjawan ini jauh lebih besar serta tidak masuk akal. Malahan, pembangkang tidak menyatakan dari mana sumber yang akan mereka perolehi dana untuk membiayai kekurangan berkenaan.

Dari mana sumber dana yang mereka akan cari untuk melunaskan peruntukan geran RM2 bilion yang dikatakan akan diberikan kepada universiti awam dan RM700 juta yang akan diberikan dalam bentuk dana khas untuk menaik taraf kemudahan dalam semua jenis sekolah jika mereka sudah melihat akan kekurangan hasil seperti itu.

Mereka boleh hanya petik sahaja angka yang sedap didengar tetapi tidak menamakan dengan terperinci sumber wang berkenaan diperolehi seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pembentangan Bajetnya pada setiap tahun.

2. GST Tetap Dilaksanakan Pada Kadar Sifar Peratus

Perkara kedua yang mencurigakan ialah berkaitan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam belanjawan alternatif itu apabila ia dilihat dikekalkan tetapi dilaksanakan pada kadar kosong peratus. Ia tidak seiring dengan janji PH ialah untuk menghapuskan GST bermaksud memansuhkan terus undang-undang berkaitannya.

Jika begini, ia bermakna gabungan PH masih ada kuasa untuk menaikkan kadar GST hatta pada kadar 2 peratus pun jika mereka memerlukan GST untuk mendapat pendapatan dan ia akan dikikis dari rakyat. Jadi di mana janji hendak hapuskan GST?

3. Galakan Beli Barangan Import

Perkara ini amat pelik kerana bagi kerajaan sesebuah negara sudah pasti mereka mahu menggalakkan rakyat membeli barangan buatan tempatan kerana ia akan menghidupkan kitaran ekonomi dalam negara serta memberikan pendapatan yang lebih kepada pengeluar-pengeluar tempatan dalam negara. Bagaimanapun, dalam bajet PH, ada galakan untuk pengguna membeli barangan import demi untuk meningkatkan duti eksais yang akan dinikmati kerajaan PH.

Lebih pelik, jika duti eksais meningkat harga barangan import juga akan menjadi lebih tinggi antaranya seperti harga kereta import. Pengerusi PH, Mahathir Mohamad sudah memberikan komitmen kononnya untuk menubuhkan syarikat pengeluar kereta Proton kedua untuk bersaing, jika rakyat digalakkan beli barangan import, apa kesudahan dengan syarikat ala-ala Proton kedua ini.

4. Gadai Kedaulatan Negara

Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam Belanjawan Alternatif 2018 ini ialah perbuatan PH yang cenderung kepada memperjudikan kedaulatan negara kerana ada beberapa perkara yang mereka ingin mansuhkan melibatkan agensi penguatkuasaan yang mengawal keamanan.

Agensi yang sudah ditubuhkan seperti EssZone yang melibatkan Esscom yang mengawal keselamatan di daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau selepas berlakunya tragedi serangan pencerobohan di Lahad Datu. Dalam belanjawan PH, pelaksanaan EssZone akan dikaji semula dan ia akan dihentikan menjadikan keselamatan di kawasan berkenaan akan diabaikan.

Lebih-lebih lagi beberapa orang pemimpin dalam PH sendiri pernah didedahkan ada kaitan dengan pemimpin kumpulan yang menceroboh Sabah pada tragedi berkenaan. Antaranya ialan anak, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang didedahkan ada berjumpa dengan anak perempuan Ketua Kumpulan Bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

5. Syarat BR1M Yang Mengelirukan

PH hendak meniru tetapi tidak pandai. Mereka terlalu bodoh untuk memikirkan mewujudkan sistem seperti BR1M sebelum ini tetapi hanya ambil apa yang telah kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan seakan-akan ia seperti mereka yang laksanakan. Mereka dalam Belanjawan Alternatif 2018 akan mengekalkan BR1M tetapi syarat yang dikenakan amat mengelirukan.

Pakatan mengenakan syarat bahawa ketua isi rumah yang menerima BR1M tidak akan dibenarkan membeli barangan tidak berfaedah seperti rokok dan alkohol tetapi ia perlu digunakan untuk membeli barangan runcit semata-mata untuk beri makanan kepada keluarga, menyelesaikan bil utiliti dan tujuan pendidikan.

Bagaimana mereka hendak memantau pelaksanaan syarat ini dan adakah benar kebanyakan penerima BR1M membeli barangan tidak berfaedah seperti yang pakatan katakan.

6. Kakitangan Awam Akan Dibuang

Bagi penjawat awam ketika ini pasti gusar jika Pakatan Harapan berjaya jadi kerajaan kerana sudah pasti ramai kakitangan awam diberhentikan dari kerja jika mereka berkuasa dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan seperti yang dinyatakan dalam dokumen Belanjawan Alternatif 2018.

Jika agensi seperti SPAD, EzzZone, Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), BTN, SUHAKAM dan Felda akan dirombak serta ditutup, ke mana kakitangan awam di agensi berkenaan akan diletakkan kalau tidak diberhentikan. Jika mereka ditukar, permbayaran emolumen akan tetap dibayar melibatkan gaji dan elaun.

Oleh kerana itu, dapat dijangkakan pembangkang akan membuang ramai kakitangan awam jika mahu melaksanakan penjimatan ini.

Pakatan juga ada menyatakan berkaitan langkah mahu menggabungkan beberapa kementerian tertentu yang dirasakan kurang efektif pada pandangan mereka. Langkah berkenaan juga akan membuatkan beberapa kumpulan penjawat awam akan hilang pekerjaan.

7. Retorik Menghapuskan Tol

Jika benar-benar pemansuhan tol ini akan dilakukan oleh pakatan, sudah lama tol di Sungai Nyior di Pulau Pinang dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh DAP selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) dan boleh mentadbir Pulau Pinang.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga gagal memansuhkan tol yang ada di negerinya kerana menyatakan beliau tidak mampu untuk melaksankannya. Pembangkang hanya tahu berkata-kata dengan janji manis yang mana ia akan kekal sebagai janji yang tidak akan ditunaikan.

8. Pinjaman PTPTN

Dasar berkaitan PTPTN yang diumumkan oleh PH ini bakal menyebabkan ramai pelajar yang bakal memulakan pengajian berkemungkinan tidak akan mendapat pinjaman ekoran kemudahan tidak masuk akal yang diberikan oleh pakatan. Mereka kata, jika gaji yang diperolehi oleh peminjam RM4,000 ke bawah faedah pinjaman pengajian mereka tidak perlu dibayar. Ia hanya perlu dibayar selepas gaji mereka mencecah RM4,000.

Jika sebegitu, jumlah bayaran balik pinjaman yang diterima PTPTN akan berkurangan dan pinjaman tidak akan diberi kepada penerima selepas itu kerana dana yang diterima hasil bayaran balik tidak mencukupi. Sekarang ini, PTPTN sebenarnya sudah berkompromi dengan membenarkan bayaran balik setakat yang mampu jika peminjam mempunyai masalah membayar balik.

9. Dasar Pelaburan

Langkah meminta negara China menangguhkan beberapa projek hasil dari pelaburan mereka di negara ini adalah langkah yang bakal membuatkan puluhan ribu orang bakal kehilangan pekerjaan. Dalam projel Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Pantai (ECRL), ia menawarkan kira-kira 45,000 pekerjaan manakala projek HSR KL-Singapura, ia menawarkan 35,000 peluang pekerjaan.

Jika ia ditangguhkan, kesemua mereka akan kehilangan sumber pendapatan. Malahan, pelaburan lain negara China di dalam negara ini juga mungkin ditarik balik berdasarkan kepada perjanjian antara pemimpin kerajaan Malaysia dan China.

10. Retorik Rasuah

Dalam isu rasuah, pakatan sebenarnya berbohong dalam diam kerana jika diteliti di dalam Pakatan lah paling banyak yang tidak bersih serta mengamalkan rasuah hanya menunggu masa ditangkap dan didedahkan sahaja. Mereka mahu membasmi rasuah tapi najis rasuah di Pulau Pinang, iaitu Ketua Menterinya sendiri, Lim Guan Eng masih memegang jawatan dan bebas mentadbir.

Kesalahannya bukan kecil, salah guna kedudukan untuk dapat faedah beli banglo jutaan ringgit dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran. Pakatan hanya beretorik dalam perkara ini. Selangor pula, habis-habisa enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah mereka menyembunyikan sesuatu? Baru semalam, ada kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor sudah ditahan SPRM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana