WOWW....TERBAIK UNTUK WARGA TM!!!!! WIFI PERCUMA DI 5,800 LOKASI HINGGA AKHIR TAHUN INI – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rakyat Malaysia bakal menikmati kemudahan WiFi percuma sehingga hujung tahun ini.

Perdana Menteri berkata, insentif itu akan ditawarkan di lebih 5,800 lokasi hotspot di seluruh negara.

“Bayaran WiFi akan dikenakan semula pada tahun depan tetapi pada kadar yang lebih rendah,” katanya pada majlis ‘Jom Bersama-sama Perdana Menteri dengan TM’ di Menara Telekom Malaysia Berhad, Bangsar hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi TM, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.

Program itu turut disiarkan secara langsung untuk kakitangan TM di seluruh negara termasuk di Jakarta.

Pada program itu, Najib turut mengumumkan tujuh insentif lain khusus untuk warga TM merangkumi waktu bekerja dan faedah perubatan.

“Insentif itu ialah waktu bekerja yang lebih anjal kepada warga TM wanita yang mengandung. Mereka dibenarkan pulang sejam lebih awal dan cuti ihsan kelahiran cucu terhad selama tujuh hari.

“Manfaat lain termasuk cuti ihsan untuk ibu bapa dan anak menjalani rawatan di hospital, faedah perubatan dan pergigian bagi pekerja eksekutif antara RM500 hingga RM750 sekeluarga dan RM250 hingga RM500 sekeluarga bagi yang bukan eksekutif,” katanya.

Perdana Menteri berkata, diskaun sehingga 35 peratus bagi bayaran balik pinjaman akan ditawarkan kepada anak warga TM yang belajar di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan percuma untuk mereka yang memperoleh kepujian kelas pertama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana