Warisan Sabah Tidak Perlu Menipu Mereka Adalah Ejen Mahathir

Sepanjang tertubuhnya parti Warisan Sabah yang diketuai oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, mereka kerap kali menafikan bahawa mereka adalah parti serpihan Parti Pribumi Bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir. Malah, mereka juga turut menafikan bahawa mereka adalah salah sebuah parti yang menganggotai Pakatan Harapan, pakatan pembangkang di Malaysia.

Sekali imbas, penafian mereka memang nampak berasas kerana Pakatan Harapan langsung tidak pernah menamakan Parti Warisan Sabah sebagai salah sebuah parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Malah, PPBM sendiri tidak pernah menamakan Warisan Sabah sebagai sebuah parti yang menjadi parti gabungan mereka di Semenanjung.

Namun, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Mahathir baru-baru ini yang menyatakan Warisan Sabah adalah parti yang diharapkan PPBM dan dirinya untuk menumbangkan UMNO di Sabah, jelas menampakkan bahawa Warisan Sabah sememangnya menjadi ejen Mahathir yang tidak pernah diwar-warkan.

Perkembangan ini sekaligus menyangkal terus penafian Warisan Sabah yang sentiasa menjaja bahawa mereka tidak ada kena mengena dengan Mahathir dalam apa jua bentuk sekaligus. Ianya juga menampakkan slogan Shafie yang kononnya mahu membebaskan Sabah dari pengaruh UMNO dan semua parti politik dari Semenanjung hanyalah retorik semata-mata.

Tambahan pula, umum mengetahui bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin yang menyebelahi Mahathir semasa gerakan menumbangkan kerajaan yang di tadbir oleh Datuk Seri Mohd Najib sekitar tahun 2014 yang lalu. Dia juga adalah seorang pengikut setia Mahathir sehinggalah dia bertindak menubuhkan partinya sendiri di Sabah dengan cita-cita mahu menumbangkan UMNO Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman.

Melihat akan keadaan ini, bukan satu perkara yang menghairankan sekiranya Mahathir dan Pakatan Harapan yang dipengerusikannya menaruh harapan besar kepada Shafie untuk membawa kemenangan buat mereka pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Jadi persoalannya, bagaimana Shafie boleh mendakwa bahawa Warisan Sabah bukanlah ejen atau proksi Mahathir, PPBM dan Pakatan Harapan?

Di mata rakyat negeri Sabah, Shafie boleh melaungkan retoriknya konon Parti Warisan Sabah bukanlah parti yang menjadi ejen proksi Mahathir mahupun Pakatan Harapan. Namun satu perkar ayang gagal untuk di nafikan Shafie adalah, tujuan dan teras utama parti yang bercita-cita menumbangkan UMNO adalah sama seperti mana yang di amalkan oleh Pakatan Harapan hari ini.

Justeru, bagaimana Shafie boleh menafikan bahawa dia dan partinya bukan ejen Mahathir? Sudah semestinyalah hajatnya untuk menumbangkan Tan Sri Haji Musa Aman di Sabah bukanlah satu visi atau hajat yang sengaja diada-adakan. Mungkin Shafie boleh berterus terang bahawa visi diri dan partinya sememangnya berkongsi dengan PPBM dan Pakatan Harapan. Bukankah lebih mudah?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana