WAJIB PERTAHAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini wajib dipertahankan dan pada masa sama memberi keadilan kepada bukan Islam menerusi konsep masyarakat madani.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, peranan menegakkan Islam adalah tugas bersama.

“Sama ada Raja, ulama, pemerintah, ahli politik, kumpulan Islam, institusi agama, penjawat awam, ahli akademik, bahkan seluruh umat Islam bertanggungjawab menegakkan Islam mengikut keadaan masing-masing,” katanya.

Menerusi satu kenyataan sempena Maal Hijrah hari ini, beliau juga berkata, menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk mentafsirkan Islam sebagai ‘Ad-din’ berpandukan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana