TVET akan diperkembangkan kepada pelajar tahfiz

Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional atau TVET akan diperkembangkan kepada pelajar tahfiz dalam usaha negara membangunkan modal insan pada masa hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, TVET boleh dikembang dan diperkenalkan di sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara bagi tujuan itu.

“Kita bercadang untuk memperkenalkan TVET kepada pelajar tahfiz sebagai tambahan kepada kebolehan mereka nanti selain menghafal Al-Quran dan juga mempunyai kemahiran dalam bidang TVET nanti,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), Shah Alam, Rabu.

Tambah Perdana Menteri lagi, pelajar tahfiz juga tidak akan disisihkan dan melalui pembelajaran TVET akan membuka peluang kepada mereka dengan pelbagai pekerjaaan.

“Ini juga akan memberi peluang kepada mereka pelbagai kerja berkemahiran pada masa hadapan selain berkemampuan membaca dan menghafaz Al Quran,” jelas Najib lagi.

Pada ucapannya, Najib juga mengumumkan penjenamaan semula TVET dan dikenali sebagai TVET Malaysia untuk melonjak program-program yang diperkenalkan ke peringkat antarabangsa.

“Sebetulnya, Kerajaan menyedari bahawa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara ini mempunyai pelbagai dimensi dan ditawarkan dalam bermacam bentuk program oleh tujuh kementerian yang utama.

“Lantaran itu yang kelimanya dalam menganjak lonjakan transformasi TVET adalah dengan, menjenamakan Institusi TVET di negara ini menjadi ‘TVET Malaysia’,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri menekankan kepentingan TVET yang dianggap sebagai game changer ke arah meningkatkan pembangunan ekonomi negara.

“Dalam menghadapi senario ini, negara perlu mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi supaya bersesuaian dengan suasana kerja dan keperluan semasa industri yang semakin kompleks, khususnya bagi menghasilkan produk serta perkhidmatan yang berkualiti,” ujarnya.

Menurut Najib, kerajaan juga sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau dan merangka pelan TVET bagi memastikan ia berjaya dilaksanakan dengan baik.

“Bagi tujuan ini, kerajaan telah pun mewujudkan sebuah Jawatankuasa Modal Insan untuk Industri 4.0 yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

Selain itu, kerajaan juga mengiiktiraf TVET sebagai teras ketiga di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan yang mana transformasi TVET dijadikan salah satu bidang fokus yang telah dikenalpasti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana