Tun M tanding PRU14 'cadangan munasabah' - PKR...Bertanding Lah Kalah Jangan Malu Plak Nanti

Bukan kita dengki...Nak bertanding bertanding lah ini hak demokrasi kan tetapi anda bayangkan lah sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 Tahun lamanya sehingga menangis menangis nak Letak Jawatan semasa Dalam Perdana Menteri ketika itu...mahu bersara?


Inilah dikatakan GILER KUASA dan SIKAP DENDAM KESUMAT...umur sudah 92 Tahun lagi nak berpolitik semula buat fitnah dan kutuk mengutuk plak tu.Kata orang baik duduk bersama sama cucu dan Amal Ibadat kepada ALLAH.Anda fikir fikirkan lah.....Lagi Mahu Bertanding..?

SHAH ALAM: Hasrat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang disambut baik salah seorang pemimpin gabungan pembangkang itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata tindakan itu, jika ia berlaku, mampu menebus kekalahan pembangkang pada pilihan raya lalu, didua kawasan berkenaan iaitu Langkawi dan Putrajaya.

"Itu antara cadangan yang munasabah.

"Kita terbuka, sebab sekarang kita kalah di Langkawi dan Putrajaya. Jika ada calon boleh membantu menangkan dua kerusi ini, itu baguslah," katanya kepada Antarapos.

Saifuddin mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam, bahawa dirinya berminat untuk melawan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya atau Langkawi.

Memetik wawancaranya bersama sebuah portal, mantan perdana menteri itu berkata kemungkinan itu tidak boleh berlaku jika ada di kalangan parti-parti pembangkang di dalam PH tidak mahu mencalonkan beliau.

Selama menjadi perdana menteri selama 22 tahun, Dr Mahathir mewakili kerusi Kubang Pasu, Kedah.

Dr Mahathir juga mahu peranan diberikan kepadanya jika PH menang dalam PRU14, untuk memberi pendapat kepada kerajaan.

Ini kerana beliau mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana