SPRM minta Selangor jangan lengah tandatangan IBR...Apa SUdah Jadi Ni...Kata Jaguh Basmi Rasuah?

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu kata putus dari kerajaan Selangor untuk menyertai negeri-negeri lain yang menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menunjukkan pentadbiran negeri itu bersih serta bebas daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kerajaan Selangor tidak seharusnya berlengah untuk menandatangani ikrar itu yang belum dimuktamadkan sehingga kini.

"Saya yakin bukannya kepimpinan negeri Selangor tidak mahu tetapi mungkin hendak mencari tarikh yang sesuai...jadi kita minta cepat sikit.

“Perbincangan telah diadakan namun mereka hendak mendapatkan tarikh yang sesuai. Mungkin kerana Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) agak sibuk.

“Hari ini pun beliau tidak dapat hadir pada majlis perasmian ini," katanya selepas pelepasan konvoi Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR 17) sempena Ulang Tahun Jubli Emas BPR/SPRM ke-50 Peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Dzulkifli berkata setelah IBR ditandatangani, pihak terlibat perlu mengikuti program-program sistem dan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan pentadbiran mereka bebas daripada gejala tersebut.

Sebelum ini, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata sehingga kini, 90 organisasi negeri dan persekutuan di Selangor sudah menandatangani IBR, malah jumlah komitmen yang ditunjukkan di sini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain namun kerajaan Selangor belum memberi kata putus.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Selangor masih enggan memuktamadkan sama ada akan menandatangani IBR meskipun SPRM beberapa kali menggesa kerajaan negeri berbuat demikian sebelum ini.

Azmin sebelum ini mendakwa mekanisme yang digunapakai kerajaan negeri ketika ini untuk mencegah rasuah adalah lebih efektif berbanding IBR yang dilaksanakan di negeri-negeri lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana