Sidang akhbar UMNO buat pembangkang 'panas punggung'...

Tindakan UMNO membuat sidang media khas bagi mengumumkan penyertaan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam parti keramat itu merupakan satu tindakan bijak kerana membuatkan pihak pembangkang 'panas punggung' menanti apa sebenarnya intipati yang ingin disampaikan presiden parti sehingga pelbagai anggapan dibuat.

Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, sidang media khas yang dibuat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan semata-mata ingin membuat pengumuman mengenai Muhammad tetapi turut mengajar pembangkang seni politik berinstitusi.

"Sidang media yang diadakan bukan kerana kemasukan Mat Taib tetapi juga nak tunjuk cara matang sebuah parti politik membuat keputusan bersama. UMNO tunjuk bagaimana mengamalkan politik matang dalam pelbagai aspek.

"Nak terima bekas pemimpin yang pernah menyeberang ke pembangkang perlu mendapat persetujuan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Tambahan lagi jika untuk proses pemecatan ahli, ia perlu melalui proses pengurusan parti," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Muhammad yang dikenali sebagai Mat Taib untuk kembali ke 'pangkuan' UMNO setelah berada di sayap kiri sejak tahun 2013.

Tambahnya, UMNO bukan seperti pembangkang yang boleh memecat ahli menggunakan sosial media.

"Presiden memberi contoh dan pelajaran percuma kepada pembangkang cara untuk mentadbir sebuah parti politik," katanya.

Sebelum ini, Ahli parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Taufik Abas mempersoalkan tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengumumkan pemecatan beliau daripada jawatan Exco Armada menerusi Twitter, ekoran tindakanya mengkritik kepimpinan parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana