Sentap notis muflis, Rafizi tuduh Salleh marah, berdendam....Akhirnya Kena Lah batang Hidung Sendiri

Panjang lebar penjelasan Rafizi Ramli yang sentap dengan notis kemungkinan muflis atau bankrap jika gagal membayar kepada pihak yang menyamannya.

Ini termasuk menuduh Datuk Seri Salleh Ismail dan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) bertujuan untuk memfitnah serta menyerang peribadinya.

Malah, notis tersebut katanya hanyalah “helah murahan” pihak terbabit.

Naib presiden PKR itu juga mendakwa Salleh  “terlalu terikut-ikut dengan perasaan marah dan dendam” atas apa yang berlaku ke atas NFC dan tempiasnya terkena pada keluarganya.

“Dengan mendapatkan notis dari mahkamah itu, (Salleh) bertujuan untuk memberi gambaran bahawa saya berlaku tidak jujur kerana menerima sumbangan orang ramai bagi membayar jumlah yang dituntut beliau tetapi menyimpan jumlah itu dan tidak membayarnya.

“Selain itu, ia digunakan sebagai modal politik murahan oleh tentera siber Umno untuk menyerang saya sebagai seorang yang bankrap,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beberapa akhbar dan portal berita  semalam menyiarkan satu notis mahkamah menuntut Rafizi menjelaskan bayaran ganti rugi kepada Salleh – yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil – dan NFC sebanyak RM306,999.17.

Notis itu disiarkan selepas mereka mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Rafizi boleh memberikan maklum balas mengenainya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Sebelum ini Rafizi telah gagal dalam rayuannya dan diarah membuat bayaran ganti rugi bersama kos kepada Salleh serta NFC.

Ahli Parlimen PKR Pandan itu pada Julai telah membuat rayuan terbuka meminta orang rama8i untuk membantunya menjelaskan bayaran berkenaan.

Kempen itu kemudian berjaya mengumpul dana sehingga kira-kira RM1.5 juta daripada penderma.

Dalam kenyataan itu juga, beliau bekata kaedah mendapatkan perintah mahkamah agar notis diiklankan bukanlah cara biasa yang digunakan untuk menuntut bayaran seperti dalam kes yang dilaluinya kerana tugas menyampaikan notis secara serahan tangan untuk diterima secara peribadi olehnya.

Katanya beberapa peguam memaklumkan pemohon biasanya perlu menunjukkan bukti mereka gagal menjejaknya.

Kaedah mengiklankan di dalam akhbar pula, kata Rafizi, akan melibatkan kos yang tinggi.

“Sebab itu saya tidak terkejut apabila Salleh dan NFC mengambil jalan yang pelik dan menelan belanja sedangkan cara biasa (yang boleh dilakukan) hanyalah menghubungi saya atau datang ke pejabat saya,” katanya.

Rafizi berpendapat langkah yang diambil Salleh itu sengaja berniat untuk memalukan dan menunjukkan dia tidak amanah.

Malah tegasnya, beliau tidak tahu jumlah sebenar yang perlu saya bayar.

“Hakim Azizul Azmi Adnan bukan saja menganugerahkan bayaran RM300,000 kepada NFC dan Salleh Ismail sebaliknya perlu dibayar dengan kadar faedah yang dikira pada setiap hari,” katanya.

Katanya, beliau hanya tahu satu arahan mahkamah yang sama seperti diiklankan di dalam akhbar buat kali pertama pada hari Selasa lepas iaitu 19 September 2017, semasa pulang ke rumah sekitar jam 1 pagi selepas program seharian.

“Arahan mahkamah itu bertarikh 14 September 2017 dan memberi saya tempoh seminggu iaitu sehingga 21 September 2017, tetapi ditampal pada pintu rumah saya hanya pada 18 September 2017 dan hanya dilihat oleh saya pada pagi 19 September 2017.

“Pada 20 September 2017, saya berada di Sitiawan pada sebelah malamnya dan pada 21 September 2017, saya ada kes di mahkamah. Tarikh 22 September 2017 ialah cuti umum awal Muharram,” katanya.

Sementara itu Rafizi berkata peguamnya akan mengira jumlah terkini yang perlu dibayar dengan mengambil kira bayaran faedah terbaru.

Selepas kenyataan panjang lebar mempertahan dirinya, Rafizi memberitahu, cek ibayaran akan diserahkan kepada Salleh dan NFC esok.

Sepatutnya Rafizi tidak perlu sentap menuduh Salleh berdendam dan marah dengan notis muflis itu jika beliau sedar apa sudah dilakukannya terhadap suami Ketua Wanita UMNO itu dan NFC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana