SELEPAS MAT TAIB, DIKHABARKAN SHAFIE APDAL JUGA BAKAL KEMBALI KE UMNO?

MUNGKIN ini yang dimaksudkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan bahawa akan ada lagi beberapa pemimpin pembangkang bakal kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO/Barisan Nasional.

Kenyataan itu selari dengan desas desus yang diterima dari Negeri Di Bawah Bayu Sabah dimana Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan kembali semula menyertai UMNO.

Menurut beberapa sumber di Sabah, dia dikatakan mungkin akan membubarkan Parti Warisan Sabah yang diketuainya sendiri bagi memberi laluan untuk beliau dan para pengikutnya kembali ke UMNO semula.

Menurut sumber yang mendakwa rapat dengan Shafie, dia dilihat agak kecewa dengan perkembangan politik Sabah yang kurang memberi impak positif terhadap partinya. Dia mengharapkan sokongan penuh dari rakyat Sabah yang ingin melihat angin perubahan berlaku. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Partinya hanya mendapat sokongan dari beberapa ribu rakyat Sabah yang rata-ratanya masih setia dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Shafie juga dilaporkan sudah mula merasa kecewa terhadap rakannya dalam pembangkang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini semakin hanyut mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Ia ternyata berbeza sama sekali dengan apa yang dikenalinya sejak dalam UMNO dan semasa baru keluar parti bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menurut sumber ini lagi, kekecewaan paling besar yang ditanggung Shafie adalah melihat Tun Dr Mahathir, pemimpin yang diikutinya semasa gerakan mahu menumbangkan kerajaan, langsung tidak membantu Warisan Sabah walaupun dia dilihat antara individu yang paling rapat dengan Mahathir. Usah katakan membantu, menyokongnya sendiri pun tidak pernah dilakukan Mahathir.

Malah, Mahathir mahupun Pakatan Harapan sendiri langsung tidak mengiktiraf Warisan Sabah adalah salah sebuah parti yang menjadi pembangkang utama di Sabah mahupun mengiktiraf Warisan Sabah sebagai salah sebuah parti utama di dalam Pakatan Harapan.

Inilah antara punca kenapa Shafie dikatakan sudah mula kecewa dan sedang berbincang untuk kembali semula menyertai UMNO mengikut jejak langkah Mat Taib.

Walau bagaimanapun menurut sumber tersebut, ada beberapa perkara lagi yang menjadi penghalang buat Shafie untuk membubarkan Parti Warisan Sabah itu. Sekiranya beberapa perkara berkenaan berjaya diselesaikan segera, tidak menjadi mustahil buat Shafie untuk meninggalkan pembangkang. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana