SEBAB PERDANA MENTERI UMUMKAN PEMBELIAN PESAWAT BOEING, PELABURAN KWSP

1. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diraikan di White House oleh Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump seperti pemimpin-pemimpin negara lain diraikan. Selepas perjumpaan tersebut PM mengumumkan bahawa Malaysia akan:



i) Membeli pesawat daripada Boeing dengan jumlah urusniaga bernilai US$10 billion dalam tempoh 5 tahun.

ii) KWSP akan melabur di dalam pasaran kewangan Amerika Syarikat iaitu saham dan bon dengan jumlah pelaburan di dalam lingkungan US$3 – US$4 billion.



2. Perlu kita tahu bahawa Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan utama Malaysia. Pada tahun lepas (2016), nilai import dari Amerika Syarikat adalah sebanyak RM55.7 bilion, berbanding sehingga Julai tahun ini, nilai import telah mencecah RM43.2 bilion.



3. Lebih penting, Malaysia mengeksport barangan ke Amerika Syarikat dengan nilai eksport berjumlah RM80.2 bilion pada 2016. Ini bermakna Amerika Syarikat membeli lebih banyak barang dari Malaysia berbanding Malaysia membeli barangan dari Amerika Syarikat.



4. Dalam ekonomi ianya disebut sebagai Malaysia mempunyai lebihan dagangan (trade surplus) dengan Amerika Syarikat manakalah Amerika Syarikat mempunyai defisit dagangan (trade deficit) dengan Malaysia.



5. Jadi keputusan PM untuk membeli pesawat Boeing milik Amerika Syarikat sepatutnya tidak dipertikaikan kerana berbanding sebelum ini, kita telah mengimport beratus billion ringgit barangan dari sana.



6. Berkenaan pelaburan KWSP, sebenarnya mereka telah melabur lebih US$7 billion di dalam pasaran saham Amerika Syarikat. Tambahan US$3 ke 4 billion ini sepatutnya dialu-alukan kerana KWSP boleh mempelbagaikan aset pelaburan mereka untuk menjana pendapatan.



7. KWSP memang sudah sedia melabur lebih RM200 billion atau 29% daripada pelaburan mereka ke atas aset-aset di luar negara. 71% atau lebih RM500 billion dilaburkan ke atas aset domestik di dalam negara.



8. Tahun lepas pulangan pelaburan aset (ROI) dari luar negara adalah 9.7% lebih tinggi berbanding 6.2% bagi aset dalam negara. Ini bermakna keputusan KWSP mempelbagaikan aset pelaburan adalah tepat.



9. Setakat suku ke-2 2017, Malaysia mempunyai kedudukan pelaburan portfolio dengan nilai aset RM333 billion di luar negara. Tambahan pelaburan RM12 – 16 billion bukanlah jumlah yang besar tetapi memberi potensi kepada KWSP untuk menjana pendapatan lebih tinggi untuk pencarum KWSP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana