‘SAYA CABAR YANG DI-PERTUAN AGONG?, SAYA CUMA PETIK AL-QURAN’

Peguam dan aktivis Siti Kasim menafikan dakwaan Pemuda PAS Kelantan bahawa beliau mencabar Yang Di-Pertuan Agong dan menghina Islam melalui tulisan di media sosial berkaitan Nabi Ibrahim.



“Saya menentang dan mencabar Yang di-Pertuan Agong?



“Adakah saya menyebut di mana-mana mengenai Agong?” soalnya di Facebook selepas perkara itu dilaporkan kepada polis hari ini.



Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung status Facebook Siti Kasim pada 1 dan 10 September lalu yang didakwa mengetengahkan tafsiran terhadap ibadah korban dengan menyimpang.



Siti antaranya mengupas asal-usul ibadah korban yang bermula daripada kisah Nabi Ibrahim yang sedia menyembelih anaknya Nabi Ismail.



Perkara itu diulas panjang lebar di Facebook beliau yang mengundang pelbagai reaksi.



Pemuda PAS hari ini berkata Siti menentang perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, selain mencabar Agong selaku penaung agama Islam.



Islam penyayang



Sementara itu, Siti menafikan beliau menyebarkan fahaman sesat.



“Seingat saya, saya memetik undang-undang tertinggi kita dalam Islam iaitu al-Quran sebagai panduan.



“Jika mereka cakna dengan lebih banyak membaca, mereka juga akan dapati banyak laman web Islam mengatakan perkara sama.



“Adakah Islam di Malaysia hanya untuk PAS dan ulama?” soalnya.



Beliau cuba berkata cuba menunjukkan Islam yang penyayang, penuh belas kasihan dan cinta sejajar dengan ajaran al-Quran.



“Mereka adalah orang-orang yang berusaha keras bagi mengatasi pendapat yang tidak sesuai pada pandangan mereka dan menggambarkan Islam dalam bayangan buruk, ” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana