Rizal cabar Rafizi buat aduan mengenainya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam...

Perang di antara Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semakin hangat.
Dalam satu kenyataan Sabtu Rizal menjawab dakwaan Rafizi konon beliau sudah melanggar peraturan perkhidmatan awam kerana secara terbuka berkempen dan menyertai kegiatan-kegiatan politik.
Rafizi dakwa Rizal telah berkempen secara rasmi bagi pihak Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil (PRK)  Kuala Kangsar pada 2016, merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda UMNO Kelana Jaya tahun 2017 serta mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik dari semasa ke semasa.
Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam di atas pelanggaran itu.
Rizal berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri.
Beliau menangkis dakwaan bahawa dirinya melanggar Peraturan 21 (I) dengan mengambil bahagian dalam politik memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dalam parti.
Malah, Rizal juga menafikan bahawa beliau pernah berkempen secara rasmi untuk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada tahun lalu.
“Itu adalah pembohongan yang nyata. Saya tidak pernah menyertai dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar kempen pilihanraya.

“Sepanjang PRK itu saya hanya sekali ke Kuala Kangsar untuk mengikuti sidang media Rafizi berhubung dakwaan-dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap majikan saya. Saya mahu mendengar dengan teliti apa yang diungkapkan beliau terhadap majikan saya.
“Malangnya Rafizi bersikap pondan dengan menghalang saya dari mengikuti sidang medianya. Dan berlaku sedikit kekecohan di pintu masuk,” katanya.( GAMBAR DIATAS SEWAKTU KEJADIAN) 
Mengenai kehadiran beliau merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO, jelas Rizal kehadiran itu adalah atas jemputan yang diterima.
“Kehadiran saya adalah atas jemputan. Dan saya memastikan bahawa kehadiran saya tidak melanggar sebarang peraturan pegawai awam. Saya harap Rafizi jangan dengki dengan saya dalam hal ini.
“Dan tidak munasabah untuk Pemuda UMNO menjemput Rafizi bagi merasmikan mesyuarat mereka. Saya faham emosi dan perasaan Rafizi sekarang ini.
“Saya faham beliau mudah tersentuh sekarang kerana semakin dipinggirkan dalam PKR. Telah lama dia tidak berucap atas pentas parti di depan ahli parti sendiri. Hingga terpaksa membawa diri bersama sebiji lori untuk berceramah depan puluhan orang sahaja,” sindirnya.
Tambah Rizal yang digelar budak pengangkat beg oleh Rafizi, beliau tidak pernah membuat sebarang sidang media, sebaliknya hanya meluahkan pendapat di laman Facebook peribadi sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.
“Dengan tulisan FB budak pengangkat beg pun Rafizi takut ke ? Melihat kepada Rafizi yang mahu melaporkan saya kepada pihak atasan, bermakna saya berjaya membangkitkan perkara yang sensitif kepadanya. Yang boleh membawa kesan besar terhadapnya,” ujarnya.
Berikutan itu, Rizal mencabar Ahli Parlimen Pandan itu untuk meneruskan aduan terhadapnya dan bersedia untuk menerima hukuman sekiranya bersalah.
“Pada masa sama Rafizi juga perlu menerima jika tindakan diambil terhadap syarikatnya yang giat mengutip derma dari orang ramai,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana