Rakyat muak dengar ceramah DAP bangkitkan kebencian...

Kalau DAP Perak bercadang mengadakan 100 ceramah politik di kampung-kampung baru Cina di negeri ini menjelang PRU ke14 biarlah kerana Menteri Besar berpendapat “ia tidak menjejaskan tahap sokongan rakyat pada Barisan Nasional.”

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap cadangan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming itu “bersifat sementara,” dan berpendapat, rakyat tetap akan menolak politik kebencian kepada pemimpin BN dan kerajaan yang selama ini diamalkan DAP.

``Hari-hari cakap tentang kebencian, benci... benci... benci...benci, pada saya pendekatan BN, kita buat kerja, jangan bimbang asalkan kita berada di lapangan, berada  di tengah-tengah rakyat, bekerja dan melaksanakan tugas tanggungjawab kita untuk membela rakyat kita di Perak,’’ katanya.

Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata demikian semasa berucap merasmikan penutup program Permukiman Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim di Zon Batu Gajah, Parlimen Gopeng di Arena Square pada Ahad.

Menurut beliau, wakil rakyat pembangkang tidak senang dengan program permukiman yang dianjurkan pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka sendiri tidak membuat kerja membantu rakyat yang telah memilih mereka.

Beliau menyelar wakil rakyat pembangkang ini kerana memperlekeh program permukiman kononnya pemimpin-pemimpin BN turun padang hendak tujuk muka kerana pilihan raya semakin dekat.

Katanya, pembangkang hanya pandai memperlekeh program permukiman ini sedangkan mereka tidak pernah turun ke bawah bertemu dan menyelesaikan permasalahan rakyat sepertimana yang dilakukan pemimpin BN.

``Kita berada bersama rakyat..di tengah masyarakat itu cara kita ..permukiman ini kita buat…kita pergi  merata tempat menyelesaikan masalah rakyat,’’ katanya.

Dr Zambry turut menzahirkan kebanggaan beliau apabila program permukiman ini mendapat liputan meluas di dalam media social termasuk facebook kerana keberkesanannya dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Katanya, lebih membanggakan apabila rakyat Perak sendiri menjawab dan membidas komen-komen sinis yang dibuat didalam facebook oleh mereka yang memperlekeh program permukiman ini.

``Ada katanya dalam komen pilihan raya dah dekat..mula depa turun tapi orang Perak sendiri lawan dalam facebook….kalau kamu tak tahu tak usah bercakap…kalau kamu tak tahu tentang pemimpin kami ..kamu jangan cakap,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana