Rafizi masih ingkar perintah mahkamah, kata Salleh

Sehingga jam 11.30 pagi tadi, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli masih gagal menjelaskan pembayaran ganti rugi, kata Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Ketika dihubungi, Salleh menjelaskan bahawa beliau masih menanti pembayaran ganti rugi yang berjumlah RM306,999.17 daripada Naib Presiden PKR itu.

“Saya boleh sahkan, setakat pagi ini pihak saya masih belum menerima sebarang pembayaran ganti rugi tersebut daripada Rafizi mahu pun melalui peguam beliau,” jelasnya hari ini.

Pada Oktober 2016, Rafizi diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Salleh dan syarikatnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah memerintahkan Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya beserta kos sebanyak RM100,000.

Hukuman ganti rugi yang dikenakan ke atas Rafizi susulan saman yang difailkan Salleh pada 3 Jun 2013.

Salleh dan NFCorp mendakwa pada 7 Mac 2012, Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah pada sidang media di Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City.

Hampir setahun berlalu, Rafizi masih gagal melunaskan pembayaran ganti rugi tersebut, dan satu Notis Kebankrapan telah disiarkan dalam akhbar pada 18 September lalu, selain dihantar kepada Rafizi yang beralamat di Kyoto Garden Condominium, Ampang serta ditampal pada Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Rafizi yang sepatutnya membayar ganti rugi semalam dilaporkan masih gagal melakukannya dan pihak peguamnya memaklumkan akan melakukan pembayaran tersebut kepada peguam Salleh hari ini.

Sementara itu, menerusi satu warkah kepada Salleh hari ini, Rafizi berkata bahawa beliau sudah menulis cek kesemuanya kepada peguam Salleh dan menyerahkan melalui peguamnya.

“Saya meminta peguam saya, Siau Sun & Michele untuk berhubung dengan peguam Datuk Seri supaya cek dapat diserahkan secepat mungkin.

“Saya ingat agaknya dengan cara itu juga peguam Datuk Seri boleh belajar kaedah yang lebih mudah untuk menghubungi saya iaitu melalui peguam masing-masing,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana