PRU14: MAHATHIR TUDUH PAS ‘MEMBANTU’ BN...JADI APA SILAPNYA...HABIS KAU BANTU DAP?

Malaysia Today, 11 September 2017

(FMT) – Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh PAS memudahkan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak dengan menolak untuk berundur daripada terlibat dalam pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan PPBM berkata apabila PAS dijemput untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang, ia telah meletakkan syarat-syarat yang pasti akan membahagikan dan mengurangkan undi untuk PH.

Tanpa menyatakan apakah syarat-syarat ini, Mahathir berkata PAS lebih prihatin terhadap permusuhannya dengan Amanah dan DAP daripada menjatuhkan kerajaan BN, walaupun parti Islam itu akan berhadapan kekalahan dalam pertandingan antara dua pakatan itu dan dirinya sendiri.

“Bagi PAS, bangsa, agama dan negara tidak penting, dan begitu juga dengan menggulingkan kerajaan kleptokrasi Najib,” kata Mahathir, 92, dalam blognya hari ini.

“Apa yang jelas adalah jika PAS bertanding dalam PRU14 menentang BN dan PH, undi Melayu akan terbahagi kepada.

“Dalam keadaan ini, undi untuk PAS, walaupun sedikit, akan berkesan dalam mengurangkan undi bagi PH, yang mana kemenangan akan memihak kepada Datuk Seri Najib dan BN,” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata, PAS hanya akan menjadi penghalang bagi pembangkang di kebanyakan kawasan di mana ia akan bertanding.

Beliau berkata hasrat parti untuk bertanding di semua kerusi parlimen yang telah ia tandingi pada pilihan raya umum lepas pada Mei 2013 akan mengakibatkan kekalahan lebih banyak kerusi dalam PRU14 daripada sebelumnya.

Beliau berkata parti Islam itu tidak akan dapat menikmati sokongan daripada pengundi Cina, India dan pro-DAP seperti yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

“PAS tahu bahawa kemenangannya di sepanjang pantai barat (Semenanjung Malaysia) pada PRU12 dan PRU13 disebabkan oleh sokongan DAP dan orang Cina,” katanya.

Beliau berkata PAS juga perlu sedar bahawa tanpa sokongan sedemikian, ia malah akan kalah sebarang pertandingan satu lawan satu dengan BN di negeri-negeri di barat.

“Tanpa sokongan DAP, PAS biasanya akan kalah di pantai barat di mana jumlah pengundi Melayu tidak setinggi di sepanjang pantai timur.”

Beliau berkata ia telah memenangi bahagian kerusi parlimennya dalam dua pilihan raya sebelum ini kerana kerjasama politiknya dengan DAP, merujuk kepada frasa Arab “tahaluf siyasi”.

PAS memenangi 23 kerusi parlimen dalam pilihan raya 2008 dan 21 pada 2013.

Mahathir berkata penyokong fanatik bersumpah kesetiaan kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti itu, yang hanya menyebabkan undi Melayu terpecah kerana kepercayaan bahawa lawan PAS adalah “kafir” dan memerangi mereka adalah “jihad”. Mereka perlu bertaubat, katanya.

Beliau mendakwa ini adalah kerana para penyokong ini mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan doktrin Islam bahawa orang Muslim adalah saudara.

Mahathir, yang merupakan PM selama 22 tahun sehingga 2003, berkata PAS hanya boleh masuk ke dalam kerajaan persekutuan dengan menyertai BN.

“PAS akan kalah di kebanyakan kawasan yang akan ia tandingi dan kekal dalam pembangkang,” kata Mahathir.

“Tidak ada satu pun perjuangan mereka, yang mereka dakwakan adalah untuk Islam, telah dicapai sejak hari ia dibentuk.”

Pada 28 Ogos, majlis presiden PH membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam PRU14.

Dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat majlis, pemimpin pakatan itu berkata PH sebaliknya akan menyediakan strategi untuk menguruskan pertandingan tiga penjuru yang dijangka dalam pilihan raya itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana