PESTA ‘KENCING SYAITAN’ DIBATAL DBKL, SUATU PERINGATAN

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) perlu dijadikan peringatan kepada mana-mana penganjur aktiviti tidak bermoral itu.



Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu telah membawa aspirasi rakyat Malaysia yang menolak penganjuran pesta tidak bermoral dan merosakkan rakyat.



“Diharap ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab aktiviti tidak bermoral dan tidak berakhlak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



BBF17 merupakan acara tahunan sejak 2012 itu diuar-uarkan sebagai The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia.



Pesta arak itu bukan sahaja dipromosikan melalui iklan secara terbuka, malah dihebahkan bakal menyediakan hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat dari 12 negara dengan sasaran penyertaan 6,000 pengunjung.



Mohd Khairuddin turut mempersoalkan bagaimana BFF17 boleh diiklan sejak Mei 2017 sedangkan kelulusan permohonan program itu belum diperolehi pihak penganjur.



“Adakah ia satu provokasi untuk melihat respon dan tindak balas rakyat Malaysia setelah program pesta arak seumpama dengannya berjaya dilaksanakan pada 2012 dan 2016?



“Kejayaan sebelum ini menjadi pendorong untuk mengadakan pesta yang sama pada 2017. Sekiranya tiada sebarang bantahan daripada masyarakat tentu sahaja pesta ini akan berjaya dilaksanakan,” katanya.



Beliau yang juga Bendahari Dewan Ulamak Pas Pusat mengharapkan pihak berkuasa di seluruh Malaysia mengambil perhatian terhadap sebarang pesta yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral.



“Ia perlu selaras dengan usaha memelihara salah satu Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana