Penduduk tergamam melihat MB Perak pandu lori sampah

Seperti menyindir penghinaan dibuat pembangkang berhubung program pemukimannya, Menteri Besar Perak pada pagi Selasa sekali lagi memandu sebuah lori sampah ke tapak program.

Gambar yang tertera diatas menceritakan segala-gala tentu menambah lagi luka di hati tokoh-tokoh DAP yang selama ini mendakwa program pemukiman seperti mengangkat sampah “gimik politik dan mencari publisiti murahan.”

Sebagai reaksi Menteri Besar tidak berhenti sebaliknya meneruskan usaha bersama-sama rakyat turun padang mendekati rakyat bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang mereka lalui.

Beliau juga  meneruskan kempen kebersihan—satu keutamaan dalam siri program-- yang dilihat satu langkah proaktif melalui penglibatan “pasukan saya.”

Sekali sekala geram sikap pembangkang  khususnya DAP beliau membidas mereka serta menganggap mereka “hanya suka menanam kebencian” bagi menghasut rakyat.

Strategi DAP kata Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir bertujuan menghakis pengaruh Barisan Nasional lebih-lebih lagi menjelang PRU ke14 dalam keghairahan DAP untuk  kembali berkuasa seperti berlaku pada 2008.

Sementara  itu pagi tadi  Dr.Zambry  yang kelihatan bersahaja memegang setereng lori tiba dengan lori milik Majlis Daerah Batang Padang bagi menjayakan program Perak Yang Bersih.

Duduk dibahagian depan bersama-sama beliau dalam lori berkenaan ialah Exco yang bertanggungjawab mengenai portfolio pelancungan, Datuk Nolee Ashilin Radzi, yang juga ADUN Tualang Sekah.

Untuk rekod program yang dimaksudkan ialah program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak kali ini di daerah Batang Padang dan Kampar bermula Isnin dan dijangka berakhir pada Sabtu.

Turut dalam program  “pasukannya” terdiri anggota Exco  seperti Datuk Rusnah Kassim, Datuk Saarani Mohamad, Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Mohd Zahir Khalid, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Datuk Samsudin Abu Hassan, Datuk Dr Amin Zakaria, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Datuk Shahrul Zaman Yahya sudah menunggu.

Kelihatan juga Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal.

Sebaik tiba di perkarangan masjid Al Mudtaqim pada jam 8 pagi, mereka disambut petugas mailis daerah serta orang ramai—kerja-kerja membersih dan mengutip sampah sarappun bermula.

Yang menjadi perhatian umum ialah gaya Dr.Zambry yang berpakaian pekerja majlis daerah dengan lengkap bertopi.

Diwajah petugas majlis daerah seperti tidak terkata-kata melihat sendiri  Menteri Besar yang sebelumnya mereka hanya membaca dalam media.

Orang ramai yang turut hadir di perkarangan masjid pagi tadi tidak menyangka Menteri Besar datang dengan memandu lori. ”Ini satu rekod . . .belum ada MB di negara ini yang memandu lori sampah setakat ini.”

Bahkan semasa Dr.Zambry sedang membersih sampah sarap ada netizen yang terkesan memasukan gambar dalam FB dan ramai juga mentwitnya.

Menteri Besar seperti tidak menghiraukan reaksi orang ramai yang merakam foto melalui handphone masing-masing sebalik meneruskan kerja  pembersihan kawasan. Sekali sekala menoleh kearah kehadiran jurufoto media.

Seperkara yang menarik mengenai program kebersihannya ialah konsep “bekerja secara berpasukan.”

Sering dalam ucapan Dr.Zambry menekankan konsep bekerja secara berpasukan sebagai budaya yang beliau terapkan. Beliau tidak mengambil sepenuh kredit setiap kali kerajaan pimpinannya dipuji serta dihadiahkan penghargaan.

“Kami bekerja secara pasukan. . . .  saya dan pasukan,” penerapan konsep ini memberikan motivasi kepada anggota Exco serta pegawai-pegawai kanan memberikan komitmen.

Untuk rekod, aksi Menteri Besar mengangkat sampah mula menjadi tular pada 2 Februari lalu apabila program turun padang ,yang dilakukan secara mengejut, bermula di bandaraya Ipoh.

Beliau mengejutkan para petugas  Majlis Bandaraya Ipoh sambil mengenakan pakaian t-shirt dan bertopi (uniform pekerja MBI) membantu mereka mengangkat sampah. Turut hadir  Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man melibatkan beberapa kawasan di sekitar Buntong, Little India dan Pasar Besar Ipoh.

Reaksi pembangkang seperti dijangkakan apabila keesokannya mereka mengeluarkan kenyataan sinis.

Mereka turut menyindir tindakan Dr Zambry mengutip sampah dengan pelbagai bentuk seperti ‘kami membayar gaji Menteri Besar bukan untuk mengutip sampah’ dan sebagainya.

Selesai sahaja program kebersihan pagi tadi,  Dr Zambry yang ditemui media sekali lagi menegur pembangkang yang membuat tohmahan dan fitnah terhadapnya kononnya Program Permukiman YAB Menteri Besar  diadakan untuk mendapat milage politik.

Katanya, rakyat boleh memikir dan menilai bahawa program itu sebenarnya diadakan untuk kesejahteraan rakyat.

``Ini bukan soal milage politik jadi saya nak tegur kepada pembangkang sudahlah cukuplah rakyat sebenarnya boleh memikirkan benda-benda yang baik benda yang tak baik ya..benda yang baikpun akan dianggap sebagai konon-kononnya mendapat publisiti murahan dan sebagainya.

``Sayapun akan memikirkan juga yang kamu (pembangkang) dok maki memanjang ni buat apa jadi apa yang kamu buat?  sedangkan kita bekerja terus bekerja.

``Kita lihat ada di kalangan mereka (pembangkang) yang konon-kononnya nak tunjuk dialah buat kerja …itu hanya tukang ambil gambar aje kemudian  masuk dalam facebook dalam twitter hanya itu ajalah.

``Tapi kita bertindak diluar batasan politik ini berkaitan kesejahteraan hidup rakyat kita berada di kawasan-kawasan di seluruh negeri perak,’’ katanya pada media di Arena Square Malim Nawar pada hari kedua program pemukiman.

Menjawab soalan apakah beliau tidak letih melakukan kerja-kerja seperti mengangkat sampah, Dr Zambry berkata, ``Walaupun letih tapi yang paling penting ialah kepuasan memberi khidmat kepada rakyat mengatasi letih.’’

Selesai program kebersihan pada sebelah pagi,  Dr Zambry dan Exco melakukan walkabout di pasar awam dan pasar pagi Tualang Sekah dan melancarkan Papan Tanda Pengguna Bijak & Papan Tanda Perangi Dadah Habis- Habisan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana