PEMIMPIN TERTINGGI PPBM BERCAKARAN SESAMA SENDIRI

PEMIMPIN tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertelagah sesama sendiri dalam usaha meraih sokongan dari kalangan ahli untuk kepentingan diri. Pemimpin yang dimaksudkan adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ini membuktikan sejak keluar dari Umno mereka ini tidak mempunyai sokongan sehingga senarai jumlah ahli PPBM turut dirahsiakan dari pengetahuan pemimpin peringkat pusat. Mereka hanya mendakwa ramai telah menyertai PPBM di seluruh negara tetapi angka sebenar tidak pernah didedahkan.

Perkara ini diakui oleh Penolong Setiausaha Srikandi PPBM, Hasnita Hishamudin dalam satu sidang media yang diadakan di Seremban.

Hasnita menjelaskan pemimpin tersebut akan merasa tidak puas hati jika salah seorang daripada mereka dijemput menghadiri mana-mana majlis yang dianjurkan oleh bahagian, Armada dan Srikandi.

“Ini jelas menunjukkan sifat curiga dan tiada persefahaman di kalangan mereka berdua,” katanya yang turut meletak jawatan serta merta kerana tidak puas hati sistem pentadbiran yang diamalkan PPBM.

Malah kedua-dua pemimpin tersebut melaksanakan pelbagai langkah demi kepentingan peribadi mereka dengan menyusun barisan kepimpinan yang menyokong mereka.

Tindakan terdesak dilakukan apabila Muhyiddin dan Mukhriz tidak lagi berpengaruh dan disanjungi seperti mereka berada dalam parti keramat Melayu iaitu Umno.

Apa yang menyedihkan ahli yang naif sahaja yang terus menyokong kedua-dua pemimpin itu di mana sebarang tindakan yang dibuat adalah untuk memenuhi cita-cita mereka.

Hasnita berkata, pada mulanya beliau terpesona dengan cara berfikir dan politik baru yang dibawa oleh PPBM dan ini merupakan penyebab utama beliau menyertai politik.

‘Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari’ ini yang berlaku dalam diri Hasnita yang kecewa dengan perjuangan PPBM kerana pemimpin parti lebih mementingkan jawatan daripada memikirkan permasalahan rakyat.

“Elemen jijik mula memasuki PPBM apabila orang yang rapat dengan pemimpin mula mengatur orang-orang mereka.

“Lebih menyedihkan mereka ini meminggirkan penggerak awal parti termasuk ahli. Bayangkan mereka yang tiada pengetahuan politik diangkat sebagai pemimpin, wajarkah perkara ini berlaku,” Hasnita menjelaskan.

Pergolakan PPBM semakin meruncing apabila jawatankuasa yang dilantik hilang suara sebaliknya individu tertentu ‘bertaring’.

Nasib rakyat diperjudikan oleh Muhyiddin dan Mukhriz janji yang dilemparkan oleh mereka belum pastikan akan dilaksanakan.

Tambahan pula bercakaran sesama sendiri untuk mendapat tempat tertinggi dalam parti bagi mereka, diri sendiri perlu diutamakan daripada kepentingan rakyat.

Sekiranya pemimpin sebegini diangkat apa akan jadi pada negara kita yang sudah 60 tahun merdeka sudah pasti ‘menang sorak kampung tergadai’.

ARHIZA AHMAD

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana