Peluang cerah BN rampas Selangor

BN berpeluang merampas semula Selangor daripada Pakatan pada PRU14, berdasarkan kaji selidik akhbar Sinar Harian. Menurut kaji selidik itu, 39.4 % atau 217 daripada 550 responden tidak lagi mahu Pakatan menerajui negeri itu.

Angin perubahan berlaku di Gombak, Ampang, Pandan dan Hulu Langat apabila responden menolak Pakatan. Kawasan parlimen MB Selangor Azmin Ali di Gombak, 30 responden menolak dan hanya 20 yang menyokong Pakatan. Begitu juga kawasan Rafizi Ramli di Pandan.

Jelas pengundi Melayu semakin sedar kecurangan Pakatan sepanjang 2 penggal memerintah. Tiada perubahan besar dilakukan kerana Azmin hanya meneruskan polisi lama.

Selain daripada Azmin dan Rafizi, pengundi juga menolak MP Ampang Zuraida. Mereka ini memang bermasalah terutama Rafizi yang terkenal kaki fitnah dan bakal diisytihar muflis kerana tidak bayar ganti rugi kepada NFC walaupun sudah mengutip derma RM1.5 juta,

Zuraida dan Rafizi mungkin tidak begitu risau kerana mereka tidak akan bertanding PRU14. Tapi nampaknya Azmin perlu mencari kawasan selamat kerana penyokongnya di Gombak sudah pun beralih pandang. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana