PASTOR DR SIVIN KIT: PADERI YANG AKTIF BERPOLITIK – DR KAMARUL ZAMAN YUSOF

Penganut Agama Kristian di Semenanjung Malaysia, anti-Barisan dan akan mengundi Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2013, demikian adalah dakwaan Pastor Dr Sivin Kit Hsiao Ming berkenaan dengan senario politik sebelum PRU13.

Perkara ini didedahkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam posting terbaru di laman facebook beliau. Dr Kamarul sebelum ini mendedahkan buku Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, ‘Becoming Hannah’ yang menceritakan kerja evangelisme ADUN Subang Jaya tersebut.

“Pastor Dr Sivin Kit juga bersetuju bahawa penganut Kristian, khasnya di Semenanjung Malaysia, anti Barisan dan akan mengundi Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2013, sambil menyebut mengenai bahan sembahyang mereka (their prayer items), bercakap mengenai perubahan (praying for change) dan mengenai pertambahan bilangan mereka yang terlibat di dalam Himpunan Bersih, termasuk paderi (pastors, with their acolytes or priests or nuns),” tambah Dr Kamarul lagi.

Ahli akademik tersebut juga mendedahkan bahawa, menjelang Pilihan Raya Umum 2008 (PRU12), Pastor Dr Sivin Kit Hsiao Ming pernah mencadangkan supaya gereja, pemimpin gereja dan paderi memainkan peranan yang lebih proaktif di dalam pilihan raya dan proses demokrasi di Malaysia.

“Sudah tiba masanya gereja-gereja, pemimpin gereja dan pastor untuk bergerak lebih proaktif dalam pilihan raya dan proses demokrasi di negara kita.”

Dalam satu rakaman wawancara pada 2012 pula, Pastor Dr Sivin Kit telah diperkenalkan sebagai seorang paderi tersohor yang sangat aktif dalam politik dan ini telah diakui oleh beliau sendiri.

Bukan itu sahaja, beliau juga menyebut bahawa ramai lagi pemimpin Kristian termasuk paderi yang melibatkan diri sebagai agen pengundian dan pembilangan undi sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 (PRU12).

Tulis Dr Kamarul, “Pastor Dr Sivin Kit mencadangkan kepada gereja, termasuk pertubuhan gereja seperti the Christian Federation of Malaysia (CFM), the Council of Churches Malaysia (CCM) dan the National Evangelical Christian Fellowship (NECF), supaya bukan setakat menganjurkan program bagi menimbulkan kesedaran berpolitik di kalangan penganut Kristian, tetapi perlu pergi lebih jauh lagi dengan memberikan latihan agen pengundian dan pembilangan undi.”

Baru-baru ini, Pastor Dr Sivin Kit telah diterbangkan khas ke Perlis sebagai pembentang dalam program Dialog Antara Agama anjuran bersama Majlis Agama Islam Perlis, Jabatan Agama Islam Perlis dan Pejabat Mufti Perlis di mana beliau secara terang-terangan menggunakan Bible Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk perkataan ‘Tuhan’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana