PARTI PAKATAN PEMBANGKANG UMPAMA DAHAN RAPUH YANG MENANTI MASA UNTUK PATAH

Parti-parti pembangkang di negara ini diumpamakan seperti dahan rapuh yang hanya menanti masa untuk patah dan berkecai, sekaligus tidak mampu untuk menjadi penyelamat kepada rakyat.

Keadaan itu jelas terbukti apabila beberapa pemimpin utama pembangkang bertindak keluar parti atas pelbagai alasan seperti merasakan perjuangan mereka adalah sia-sia dan hanya mementingkan diri sendiri, selain bimbang melihat perpecahan orang Melayu.

Mereka turut mendedahkan pengalaman bersama parti berkenaan yang disifatkan tidak pernah berjuang untuk kepentingan ahli dan rakyat, sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta kroni, di samping menjadi alat kepada parti DAP.

Lihat sahaja perkembangan yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mereka gagal menyatukan ahli mereka untuk kekal bersama parti. Sebelum itu, bekas Penolong Setiausaha Srikandi PPBM, Hasnita Hishamudin, bekas Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman dan Ketua Sri kandi yang juga antara pengasas PPBM, Anina Saadudin keluar parti.

Begitu juga dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib yang mengambil keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memilih untuk kembali semula ke pangkuan UMNO.

Dalam hal ini bolehkah kita percaya kepada parti sebegini untuk memerintah negara kita?” Jawapannya sudah pasti ‘TIDAK’! Kita tidak mahu sebuah Kerajaan yang ditadbir oleh parti yang banyak mengalami krisis perpecahan dan tidak kukuh. Ini adalah kerana krisis seumpama ini hanya akan merencatkan perjalanan sesebuah Kerajaan dan mendatangkan masalah kepada semua.

Sesebuah negara memerlukan Kerajaan yang bijak untuk politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Sebuah kerajaan yang bijak adalah Kerajaan yang kukuh, bersatu, menjaga kebajikan rakyat dan yang tidak berpecah-belah. Dalam konteks itu, BarisanNasional (BN) di negara ini mempunyai ciri-ciri berkenaan berbanding dengan Pakatan Harapan (PH) yang bergelumang dengan perpecahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana