NBOS bukti kerajaan tak muflis...Bongok Sebenarnya Pihak Pembangkang ni

Kerajaan sentiasa mengamalkan perbelanjaan yang optimum untuk memberi keberhasilan kepada rakyat di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pelbagai program turun padang yang dilaksanakan secara berterusan di seluruh negara adalah bukti kerajaan memiliki kewangan yang kukuh.

“Sebagai contoh,  pelaksanaan program Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Bersama Rakyat adalah bukti kerajaan bukan muflis seperti yang didakwa pembangkang.

“Kita akan adakan lebih banyak Fiesta NBOS di tempat lain di seluruh negara untuk memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan,” katanya hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika melancarkan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Bersama Rakyat di Padang Kampung Baru Salong di kawasan parlimennya hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana