Najib Pemimpin Yang Dekat Dihati Rakyat Sarawak - Jefferson Jamit

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang benar-benar dekat dan mendengar permasalahan rakyat di Sarawak.

Memetik laporan The Borneo Post, menurut Jamit, ini berikutan Jalan Kapit-Song-Kanowit hanya diluluskan selepas 54 tahun tidak bersambung dan dinaiktaraf.

"Perdana Menteri Malaysia keenam benar-benar mendengar rintihan kami apabila beliau meluluskan dana untuk projek jalan raya tersebut, Komuniti rumah panjang di Jalan Kapit-Song-Kanowit amat gembira kerana jalan raya telah dihubungkan.

"Dalam hal ini, kita mesti menghargai inisiatif kerajaan dalam membina jalan bagi kita. Jalan ini akan membawa banyak faedah, perhubungan jalan yang mudah, pembangunan tanah dan menjana pendapatan yag lebih tinggi untuk kita semua," katanya

Jamit berkata penduduk tempatan kini dapat menikmati pembangunan kerana sokongan kuar mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kapit pernah menjadi 'pulau', tetapi tidak lama kita akan dihubungkan dengan Song, Kanowit dan Sibu melalui jalan raya.

"Saya juga melihat banyak pemilik tanah kini merebut peluang menghasilkan tanah mereka menjadi tanah pertanian. Mereka menanam pokok getah, buah-buahan dan sayur-sayuran," ujarnya.

Sementara itu, Jamit turut menyeru penduduk tempatan untuk terus menyokong Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sejak menjadi Ahli Parlimen Kapit, YB Nanta telah melaksanakan pelbagai projek untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Antaranya adalah projek pembinaan jeti, jalan dan rumah serta skim elektrik luar bandar dan bekalan air bersih," ujar Jamit. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana