NAJIB MINTA TUN DR. MAHATHIR JANGAN HIPOKRIT

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad jangan bersikap hipokrit kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri telah berbelanja jutaan ringgit kepada pelobi semata-mata untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa pentadbirannya.

Menurut Perdana Menteri, apa yang mengecewakan adalah Mahathir membayar pelobi yang bermastautin di Hong Kong itu menerusi kontrak arang batu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai jutaan ringgit.

“Berjuta dibayar semuanya kerana hendak berjumpa dengan Bush tapi tidak dapat macam sambutan yang saya dapat.

“Jangan jadi hipokrit, kutuk pula lawatan saya, lawatan saya bukan untuk saya tetapi untuk Malaysia, hubungan baik dengan China, hubungan baik dengan Raja Salman (Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud) dan hubungan baik dengan AS adalah untuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis meraikan kepulangannya dari Britain dan AS di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana