Najib Mahu Calon Berkredibiliti Dan Diterima Semua Kaum

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MIC menyenaraikan calon yang boleh menang, berkredibiliti dan berkualiti, serta diterima oleh semua kaum, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata inilah pra syarat yang diberikan kepada MIC yang mahu bertanding bagi semua kerusi yang ditandingi parti itu sebelum ini.
Katanya ini kerana pada realitinya, tidak ada satu kawasan pun mempunyai majoriti pengundi masyarakat India.

“Saya mahu MIC sediakan calon-calon yang winnable (boleh menang) dan credible (berkredibiliti). Calon itu mesti diterima oleh semua kaum. Kalau MIC mahu menang, ia juga bergantung kepada sokongan kaum lain juga. Tolong beri saya pemimpin yang bagus dan berkredibiliti.

“Di sesetengah tempat, contohnya kawasan parlimen Teluk Kemang, pengundi bukan (sahaja) terdiri daripada anggota parti tetapi (juga) merupakan anggota tentera. Jadi, MIC perlu diterima oleh semua kaum dan bukan hanya golongan India,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.
Dalam pada itu, Najib berkata beliau melihat semangat yang ditunjukkan oleh 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan pada perhimpunan kali ini, dan menyifatkan parti itu berada dalam keadaan kukuh.

Kenyataan itu membuat semua kepimpinan tertinggi MIC dan perwakilan berdiri serta memberi tepukan gemuruh kepada Najib.
“MIC sedang melakukan proses perubahan dengan mengikuti langkah yang dimulakan oleh UMNO yang mana bakal Presiden MIC akan dipilih oleh 42,000 perwakilan dan bukannya 4,000 ketua cawangan seperti dulu, “ katanya.

Mengenang tragedi yang menimpa Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa termasuk dua orang guru pada 14 Sept lalu, Najib memuji keprihatinan yang ditunjukkan oleh Presiden MIC dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta partinya terhadap insiden itu.

“Ucapan presiden MIC menunjukkan parti MIC sentiasa mengambil berat dan (tunjuk) keprihatinan untuk kaum lain dan sikap ini mesti diturunkan di semua peringkat bukan sahaja setakat presiden, tetapi di semua bahagian.

“MIC perlu beri keutamaan kepada kaum India, tetapi tidak mengabaikan masyarakat lain kerana inilah realiti politik sebagai sebuah negara yang sudah banyak mencapai banyak kejayaan di dalam negara dan di persada antarabangsa,” kata Najib.

“Saya ada hubungan baik dengan negara India, Cina, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Saya mahu Malaysia sentiasa maju, makmur, aman dan berjaya serta menjadi kebanggaan model kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan taniah kepada bekas Presiden MIC Tun S.Samy Vellu di atas pengurniaan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran ‘Tun’, baru-baru ini.

“Sebenarnya saya telah mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kerana saya mahu semula kepada Perikatan dulu seperti Tun Tan Cheng Lock (bekas presiden MCA) dan Tun V.T. Sambanthan (bekas presiden MIC). Sekarang ini ada Tun Samy. Sekurang-kurangnya Tun Samy sekarang mewakili kaum India dalam gelaran Tun,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana