MyExpo bakal jadi pusat pameran terbesar di Malaysia

Malaysia bakal mempunyai satu lagi mercu tanda ikonik apabila Pusat Pameran dan Persidangan Malaysia atau dikenali sebagai MyExpo siap dibina di Putrajaya pada 2020.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yakin MyExpo yakin dapat menarik lebih ramai pelancong baik dari dalam atau luar negara.

Menurutnya industri pameran dan persidangan Malaysia telah berjaya menarik seramai 111,298 delegasi untuk menghadiri 153 acara dan meraih pendapatan berjumlah RM1.035 billion.

“Menjelang 2020, pelancongan perniagaan diramal menyumbang RM3.9 billion kepada Keluaran Dalam Kasar Negara dan membuka 16,700 peluang pekerjaan, katanya.

Najib berkata demikian ketika menyempurnakan majlis pecah tanah MyExpo di Putrajaya, Selasa yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan,  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail.

Najib berkata dia yakin MyExpo, apabila siap bukan sahaja akan menyumbang kepada peningkatan pelancong tetapi juga dapat menghasilkan banyak peluang pekerjaan dan mengukuhkan ekonomi negara.

Tapak projek MyExpo terletak di Presint 5, bertentangan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Fasa pertama pembinaan MyEXPO dijangka siap 2020 dan bakal menjadi pusat pameran terbesar di Malaysia. Jika MyExpo digabungkan dengan PICC, ia akan menjadi pusat pameran dan persidangan terbesar di Asia Tenggara!

Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi, MyEXPO juga akan dilengkapi teknologi bermutu tinggi dan dapat menampung 60 ribu orang dalam satu masa.

Antara kemudahan ditawarkan di MyExpk ialah dewan plenari, dewan bankuasi, dewan seminar, dewan persidangan dan 2,500 ruang parkir.

Projek MyExpo dibahagi kepada dua fasa. Fasa 1A merangkumi pembinaan pusat pameran lima tingkat, bangunan 23 tingkat, termasuk sebuah hotel bertaraf empat bintang. Fasa 1B pula membabitkan pembinaan sebuah hotel lima bintang. Manakala fasa 1C membabitkan pembinaan boutique mall, taman tema tertutup dan pangsapuri.

Perdana Menteri berkata, Bank Dunia baharu sahaja meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2017 akan meningkat kepada 4.9 peratus.

Sehubungan itu Najib menasihatkan rakyat supaya jangan mendengar fitnah yang dilemparkan oleh golongan tertentu yang sentiasa memburukkan negara kerana kepentingan politik masing-masing.

“Buktinya sudah jelas. Kita berada di landasan yang betul. Ini dapat dilihat apabipa Malaysia dialu-alukan sebagai rakan dagang oleh America, China, Saudi Arabia, India dan banyak lagi.

"Malah Bank Dunia, IMF, ADB dan banyak lagi pihak mengakui ekonomi Malaysia semakin kukuh. Ada sesetengah pihak yang tidak habis-habis mendakwa Malaysia akan bankrup.

"Jadi mengapa laporan terkini Price Waterhouse Coopers mengenai dunia menjelang 2050, meramalkan KDKN kita akan berada pada kedudukan ke-24 tertinggi di dunia dari segi kuasa membeli?."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana