Muhyiddin dakwa Anina keluar PPBM kerana masalah peribadi...Padan Muka Politik PPBM

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh bekas Ketua Srikandi parti itu Anina Saadudin yang mengisytiharkan keluar daripada PPBM kelmarin mempunyai masalah peribadi.

Menurutnya, Anina pernah berjumpa dengan beliau beberapa bulan lalu dan menyatakan hasrat untuk 'berundur' ekoran menghadapi 'masalah yang begitu banyak'.

"Dia kata dia hadapi masalah begitu banyak. Tak ada duit, tak ada  kerja, (tapi) tiada dia sebut mengenai sikap saya atau Tun atau mana-mana pemimpin kerana walaupun beliau tak lagi Ketua Srikandi, (tapi) dia masih duduk dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

"Tapi malangnya untuk beberapa bulan kita bermesyuarat, beliau tak pernah hadir, dalam program parti pun dia tak hadir. Jadi inilah keputusan yang beliau buat dan tiada kaitan dengan kepimpinan. Dia ada masalah dia dan peribadi dia," kata beliau.

Muhyiddin terdahulu hadir di Istana Kehakiman bagi mendengar keterangan Tun Mahathir Mohamad pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an.

Anina pada Sabtu lalu mengumumkan keluar daripada PPBM, parti yang diasaskannya bersama beberapa bekas pemimpin Umno yang diterajui Dr Mahathir.

Beliau membuat keputusan nekad tersebut selepas dikatakan sudah tidak lagi tahan dengan layanan buruk yang diterima ketika berada di dalam parti tersebut.

Ini termasuk cara “kejam” beliau dipecat daripada jawatan ketua srikandi PPBM, kemudian digugurkan sebagai ahli MPT dengan “menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp MPT PPBM, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu.

Anina antara lain turut mengkritik kepimpinan parti yang tidak memberikan hak kepada ahli untuk bersuara dan mendakwa parti itu kini telah tersasar dari perjuangan asal ditubuhkan sejak setahun lalu.

Turut mengikut jejak langkah Anina adalah Datuk Hamidah Osman yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden PPBM. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana