MISI PELABURAN AZMIN KE CHINA CERMINAN HIPOKRASI PEMBANGKANG


Selepas pembangkang menyelar tindakan kerajaan menerima pelaburan dari China, lawatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke negara itu dalam misi pelaburan adalah bukti sikap hipokrit mereka.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata sikap politik putar belit ditunjukkan Azmin itu membuktikan bahawa fitnah pembangkang bahawa Malaysia dijual kepada negara tembok besar itu selama ini umpama `meludah ke langit’.

Menurutnya kunjungan untuk Timbalan Presiden PKR itu ke China hanya sekadar khayalan jika tiada awal dirintis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

“Perdana Menteri menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China, sama ada melalui peringkat antara kerajaan (G2G), perniagaan ke perniagaan (B2B) mahupun rakan setara (P2P) seperti lawatan ke republik itu pada Mei lalu.

“Hasilnya, jumlah pelaburan China ke Malaysia mencecah lebih RM30 bilion, selain menempa laluan untuk Ali Baba Group membuka hab pengedarannya di Sepang yang secara tidak langsung membawa pulangan kepada kerajaan Selangor.

“Bagaimanapun, kejayaan Perdana Menteri membawa sejumlah pelaburan yang besar ini dijadikan modal politik pembangkang dengan mendakwa Kerajaan menjual negara kepada China,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada minggu lalu, Azmin memuatnaik video pendek serta foto lawatan beliau dalam Instragramnya untuk lawatan sempena pameran antarbangsa di Guangzhou, China.

Sebelum itu beberapa pemimpin kanan pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik pelaburan dari China yang didakwa menjual negara.

Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang berkata lawatan Azmin ke China membuktikan pembangkang hanya menyebarkan dakyah kepada rakyat kononnya rangkaian pelaburan oleh Kerajaan Persekutuan tidak memberi keuntungan kepada negara.

“Rakyat tidak lupa sikap hipokrit pembangkang apabila kerajaan Pulau Pinang turut mendapatkan pinjaman dari China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri terbabit.

“Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dengan sikap hipokrit, malah cuba meraih keuntungan dan hasil daripada usaha kerajaan pusat yang mereka kritik sebelum ini,” kata wakil rakyat UMNO itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana