MIC iktiraf PM sebagai Bapa Pembangunan Masyarakat India...Madey Lagi Marah Mendengarnya

MIC hari ini mengiktiraf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Bapa Pembangunan Masyarakat India, ekoran sumbangan beliau termasuk mewujudkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).

"Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang merupakan Bapa Pembangunan kepada masyarakat India di negara ini kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung MIC hari ini.

"MIB dapat direalisasikan atas kesungguhan dan komitmen YAB Perdana Menteri yang amat prihatin terhadap masyarakat India di Malaysia.

"Inilah kali pertama seorang Perdana Menteri secara langsung turun padang melancarkan satu pelan tindakan khusus untuk masyarakat India di negara ini," kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung MIC Ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu Najib yang pula berkata, bantuan dan inisiatif terhadap kaum itu sudah dimulakan beliau sejak sebelum bergelar perdana menteri lagi.

"Sewaktu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, dengan izin beliau saya menggerakkan inisiatif menubuhkan jawatankuasa kabinet mengenai hal ehwal orang India.

"Walaupun ayah saya, datuk saya bukan dari Kerala, tetapi saya digelar Bapa Pembangunan (masyarakat) India," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 orang yang memenuhi dewan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana