Mengintai kerusi panas Parlimen Tambun di Perak...

Terkenal dengan taman tema air The Lost World of Tambun... memang kawasan Tambun yang merupakan kawasan Parlimen berdekatan dengan Ipoh Perak ini ada pelik sikit dan lain dari yang lain.

Boleh kata macam 'the lost world' juga sebab kedudukannya yang merupakan tengah-tengah Lemban Kinta Ipoh tapi merupakan kawasan majoriti Melayu.

Kerana itu juga kerusi Parlimen Tambun pada PRU13 dianggap sebagai antara kerusi panas Parlimen yang menjadi rebutan BN dan Pakatan.

Setahun lalu... ketika Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua dan Ketua UMNO bahagian itu, ramai pemimpin pembangkang sudah masukkan Parlimen itu dalam 'wish list' mereka.

Tapi dinamika politik berubah... macam pepatah 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'... impian pembangkang supaya Husni 'buat perangai' lepas letak jawatan tinggal impian kosong.

Kini selepas 'debu rata ke tanah' kawasan Parlimen Tambun di Perak tidak lagi termasuk dalam kawasan yang bakal memberi kemenangan kepada pembangkang terutama yang diwakili calon Pakatan.

Bukannya mereka tidak cuba melebarkan pengaruh termasuk mengadakan ceramah politik dengan tokoh-tokoh heavyweight seperti Tun Mahathir Mohamed, Tan Sri MuhyiddinYassin dan sebagainya.

Mereka cuba memancing tinggal lagi penduduk di kawasan Tambun ini tidak respon atau terlior dengan janji-janji manis yang mereka tabur.

Pemerhati politik mengakui kawasan Tambun akan kekal sebagai kubu kuat UMNO dan BN.

Begitulah senario politik di Tambun— kawasan majoriti Melayu di tengah-tengah Lembah Kinta di Perak yang terkenal dengan limau bali.

Namun pembangkang tidak duduk goyang kaki. Mereka masih rancak berkempen di  kawasan Tambun  konon kawasan ini kini tidak sekuat dulu lagi bersandarkan keputusan PRU ke13 menyaksikan calon BN menang tipis bagi DUN Manjoi berbanding DUN Hulu Kinta dan Parlimen Tambun.

Apa yang jelas andaian itu tidak tepat malah BN tetap terus pertahankan ketiga-tiga kerusi itu dalam memastikan BN terus berkuasa memerintah Perak dan negara.

Bagi Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah, segala spekulasi dan andaian  yang dibuat pihak tertentu ini merupakan perkara biasa dalam permainan politik apatah lagi ketika pilihan raya umum ke 14 semakin dekat.

Namun beliau optimis BN akan terus kekal mempertahankan ketiga-tiga kerusi itu bersandarkan gerak kerja mantap jentera pilihanraya BN kawasan Parlimen Tambun sejak dulu hingga ke hari ini.

``Saya yakin insyAllah kalau berasaskan gerak kerja kita dan juga kerja-kerja yang dilaksanakan oleh tiga wakil rakyat kawasan Parlimen Tambun..pada saya tiada sebab orang nak menolak kerana orientasi kerja BN, wakil-wakil rakyat BN ialah untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

``Kita tak berpolitik dari sudut politik sempit, menghentam dan berceramah kosong, kita punya kerja ialah mendahulukan rakyat di kawasan Parlimen Tambun.          

``Sebagai contohnya macam hari ini masa saya dalam Ahli Lembaga SPNB, saya mohon agar diberi sedikit pertimbangan kerana kawasan ini kawasan sub urban dimana penduduknya lebih merasakan kenaikan kos sara hidup berbanding kawasan kampung atau luar bandar.. jadi kita perlu bagi peluang untuk mereka merebut apa-apa insentif contohnya peluang untuk memiliki rumah mesra rakyat.’’jelasnya.

Datuk Aminuddin berkata demikian kepada Agendaily selepas majlis penyerahan replika kunci Rumah Mesra Rakyat SPNB di Kampung Che Zainal, Chemor kawasan DUN Hulu Kinta Ahad.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan tipis BN bagi kerusi DUN Manjo pada PRU 13 lalu, beliau menjelaskan salah satu faktornya kerana YB Mohamed Ziad pada waktu itu merupakan calon baru.

``Jadi  jadi untuk empat lima tahun  kebelakangan ini saya merasakan bahawa beliau (Ziad)  selaku Adun telah melaksanakan tugasan beliau sebaik mungkin untuk membolehkan beliau dikenali dikalangan para pengundi dan penduduk.

``Jadi kita mengharapkan isu calon tidak dikenali itu boleh dihapuskan itu je lah diantara elemennya,’’ katanya.

Ditanya apakah beliau akan terus kekal di kerusi DUN Hulu Kinta dan ada pula spekulasi dan khabar angin kononnya beliau bakal berubah angin ini jawapan Aminuddin.:

``Yang menentukan calon ini adalah pucuk pimpinan tapi ada beberapa kriteria yang kita kata ni adalah hak kita untuk menyatakan macam dari segi macam sebagai akar umbi kita pun ada hak untuk menyatakan pandangan kita…tapi kita sedar dan kita akur bahawa keputusan untuk pemilihan calon ini adalah keputusan pucuk pimpinan,’’katanya.

Berikut adalah keputusan P.063 : TAMBUN
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN) - 42,093
Siti Aishah Shaik Ismail (PKR) - 32,768
Majoriti - 9,325

N.23 : Manjoi
Mohamad Ziad Mohamed (BN) - 21,511
Asmuni Awi (Pas) - 21, 379
Majoriti - 132

N.24 : Hulu Kinta
Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) - 18,893
MA Tinagaran (PKR) - 12,775
Sulaiman Zakaria (Bebas) - 250
Majoriti – 6118.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana