MENGAPA TUN M TIDAK MAHU ULAS BEKAS PEMIMPIN PPBM YANG KELUAR PARTI ?

Tindakan Tun Mahathir mengungkit semula penahanan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib di lapangan terbang Brisbane Australia pada tahun 1996 kerana membawa sejumlah wang tunai disifatkan sebagai tindakan orang yang tidak ada modal politik.

Selepas sahaja Tan Sri Mat Taib keluar daripada PKR dan menyertai semula UMNO serangan ke atas Mat Taib telah dilakukan oleh Tun merujuk kepada insiden di Brisbane tahun 1996 tersebut

Umum mengetahui selepas dibicarakan Mat Taib didapati tidak bersalah oleh mahkamah Brisbane.

Bagaimanapun yang agak pelik sehingga kini Tun Dr. Mahathir masih tidak mengulas mengenai tindakan keluar beberapa orang bekas pemimpin Parti PPBM secara berterusan sebagai contoh Datuk Seri Khairuddin, Dato' Ezam, Hasnita, Anina dan Datuk Hamidah, Tun Mahathir masih kelihatan membisu dan cuba mengelak untuk mengulas sebab utama pemimpin-pemimpin ini meninggalkan parti PPBM yang diasaskan oleh Tun.

Tun Mahathir sebenarnya dilihat cuba mengalih isu untuk menutup kelemahan Parti PPBM itu sendiri. Dengan keluarnya pemimpin-pemimpin PPBM, ini menunjukkan satu petanda yang cukup jelas bahawa Parti PPBM sebenarnya adalah sebuah parti yang cukup bermasalah dan hanya menumpang kepada populariti Parti DAP dan PKR didalam Pakatan Harapan untuk menagih simpati rakyat bagi meraih undi.

Datuk Zulkarnain Mahdar
PENGERUSI GAUM

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana