Marah Sangat Tu....Ini Bukan Negeri Taliban - Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama Islam di Muar ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.

"Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.

"Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis," titah baginda.

Tuanku Sultan Johor turut mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim, majlis agama dan majlis daerah untuk menyiasat perkara itu.
Baginda juga telah bertitah dengan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan Exco Agama, Abdul Mutalip Abd Rahim berkenaan hal ini.

"Beta mahu pemilik dobi itu memohon maaf kepada beta dan seluruh rakyat Johor. Dia telah membuat orang Johor malu dan marah kerana ini bukanlah apa yang Johor mahukan.
"Pemilik itu juga telah melanggar visi Johor untuk bersatu, hidup harmoni, bersederhana dan bertoleransi. Kalau dia mahu meneruskan juga perkhidmatan dobi Muslim itu, dia boleh keluar dari Johor. Beta cadangkan dia buka kedai di Afghanistan. Pemikirannya sempit dan tidak seiring dengan apa yang diperjuangkan di negeri ini."

Sultan Ibrahim bertitah, baginda dan keluarganya terkejut dengan tindakan pemilik dobi itu.
Jelas baginda lagi, jika perbuatan itu tidak dihentikan, ia akan membuka ruang untuk lebih banyak perbuatan yang berfikiran sempit dilakukan atas nama Islam.

Gambar dobi mesra Muslim itu tular minggu lalu apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.

Titah Sultan Ibrahim, pada mulanya pemilik dobi itu meletakkan papan tanda untuk Muslim sahaja dan apabila isu ini menjadi kontroversi, dia menukar papan tanda kepada "Mesra Muslim".
"Tak usah berlagak pandai, ia tetap sama. Pemilik dobi itu perlu dibersihkan otaknya.

"Beta mahu hentikan ekstremism. Perlakuan ekstremis tiada tempat di negeri beta. Kita ada maruah sebagai Bangsa Johor dan beta mahu tahu di mana pemilik dobi itu belajar agama? Islam mengajar untuk bertoleransi dan menghormati kepercayaan orang lain," titah baginda di Istana Bukit Serene pada Selasa.

Titah Sultan Ibrahim lagi, baginda tidak boleh berdiam diri mengenai isu ini. Jika tidak mungkin selepas ini akan wujud pula teksi khusus untuk pelanggan Islam dan bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana