MARAH SANGAT NI!!!! KELUAR PPBM KERANA SAYA BUKAN KELDAI, LEMBU DAN ANJING – ANINA

Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin hari ini mengumumkan meninggalkan parti itu secara rasmi.



Dalam sidang media, beliau membuat keputusan itu ekoran hala tuju PPBM tidak lagi selari dengan aspirasi perjuangan politiknya dalam parti itu.



Tambahnya, pelbagai layanan buruk parti itu terhadapnya sepanjang berada dalam parti juga menjadi dorongan utama ‘mengangkat kaki’ daripada parti yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.



“Parti yang saya asaskan secara bersama dengan enam individu lain, barisan kepimpinan parti sudah tidak lagi menepati prinsip perjuangan saya yang diaspirasikan oleh pemikiran seperti saya.



“Bagaikan ISA, saya dihukum tanpa dibicarakan dan tiada hitam putih dikeluarkan untuk politik dalam PPBM.



“Contohnya, saya disingkirkan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Parti melalui aplikasi Whatsapp (sahaja),” katanya.



Kepimpinan utama dalam PPBM yang didakwanya mengamalkan budaya kronisme, diktator dan budaya fitnah juga menjadi faktor utama membuat keputusan tersebut.



Menurutnya, budaya membodek kepimpinan utama seperti Mahathir juga menjadikan keadaan menjadi lebih teruk.



“Ternyata hari ini, jika tanpa Tun Mahathir sebagai pengerusi, ianya tidak akan mampu menarik rakyat untuk menyokong PPBM. PPBM kini adalah parti yang menjadi wadah untuk mencatur kepentingan politik individu tertentu.



“Perebutan kuasa atas dasar kronisma menghantui parti yang pada awalnya ditubuhkan untuk membela kepentingan rakyat. Saya bukan keldai, lembu atau anjing kepada sesiapa,” katanya.



Ketika ditanya berkenaan halatuju setelah meninggalkan parti itu, Anina turut mengumumkan akan menubuhkan sebuah NGO sebagai ‘pentas’ meneruskan perjuangan politiknya.



Bagaimanapun, beliau masih berteka teki berkenaan nama dan struktur NGO tersebut namun berharap proses penubuhan organisasi itu dapat diluluskan dalam masa terdekat.



Dalam masa sama, Anina turut mencabar Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk berdebat berkenaan isu-isu semasa secara terbuka.



Tarikh dan masa acara debat tersebut menurutnya akan diumumkan setelah NGO yang diasaskannya ditubuhkan secara rasmi .-MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana