Mahkamah tetapkan 25 Oktober jika Rafizi boleh bela diri....Masuk Penjara Lagi Bagus lah

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi memutuskan 25 Oktober ini sebagai penentuan sama ada Rafizi Ramli dan kerani bank, Johari Mohamad dibenarkan membela diri atau tidak.

Kedua-dua mereka didakwa mendedahkan penyata akaun bank Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail pada 2012.

Dakwaan terhadap Rafizi dan Johari dibuat mengikut Seksyen 97 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) yang membawa hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Naib presiden PKR itu diwakili Ahmad Nizam Hamid, manakala Latheefa Koya mewakili Johari yang menafikan dirinya terlibat dalam mencetak apa jua dokumen berkaitan NFC dan Salleh.

Pada 31 Oktober 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Rafizi membayar ganti rugi RM200,000 kepada NFCorp dan Salleh kerana memfitnah. Mereka juga diberikan kos RM100,000.

Rafizi mengeluarkan kenyataan yang mendakwa syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi pembelian 8 hartanahnya.

Susulan itu, ahli Parlimen Pandan itu pada 3 Ogos lalu mengumumkan kutipan sumbangan lebih RM1.5 juta daripada orang ramai melalui rayuannya untuk membayar kos dan ganti rugi kepada NFC.

Rafizi dilaporkan berkata, seramai 7,435 penderma daripada pelbagai lapisan masyarakat membalas rayuannya dengan menyumbang RM1,585,014.49 hanya dalam tempoh 10 hari.

Jumlah itu 5 kali ganda lebih banyak daripada wang yang diperlukan untuk membayar NFC.

Katanya, RM300,000 akan diserahkan kepada peguamnya untuk membayar NFC, manakala selebihnya digunakan membiayai operasi Invoke – badan kajian diketuainya yang mengendalikan kempen di 50 kerusi Parlimen marginal di seluruh negara dengan purata belanja bulanan RM300,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana