MAHATHIR : ‘PAHALA BERSAMA DAP LEBIH BANYAK BERBANDING PAS’

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan PAS tidak serius untuk menang apabila mengumumkan mahu menandingi ke semua 60 kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Tambah beliau, bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran Kerajaan kleptokrat Najib.

 Artikel sepanjang dua belas perenggan yang dipetik dari laman blog chedet.cc bertajuk UNDI PAS = UNDI BN itu turut mendakwa setiap undi yang diberikan kepada parti PAS adalah bersamaan dengan undi kepada Barisan Nasional (BN).



Diakhir penulisannya, Mahathir tegas menyatakan bahawa PAS akan menanggung dosa kerana setiap undi kepada parti itu hanya akan membuatkan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia.



Namun begitu, adakah Tun Mahathir sendiri menyedari bahawa parti yang dinaunginya sekarang sedang bersekongkol dengan DAP yang banyak membantah dalam usaha memperkasakan agama Islam di bumi Malaysia ini?

Tidakkah Tun Mahathir takut akan dosa yang terpaksa ditanggung apabila sanggup bersekongkol dengan DAP?Pendakwah bebas, Dr. Ridhuan Tee Abdullah pernah menggariskan 10 bukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang Anti Islam.

Seharusnya, sebelum menasihatkan PAS tentang dosa dan pahala akibat bersekongkol dengan perkara yang batil, Tun Mahathir wajar mencerminkan tindak tanduk parti yang diketuai olehnya apabila sanggup untuk bersama dengan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana