KUTIPAN RM1.5 JUTA DICURIGAI BILA RAFIZI LEWAT BAYAR SAMAN NFC...DUIT DERMA TU KEMANA PERGINYA?

Tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli melewatkan pembayaran saman fitnah kepada Datuk Seri Salleh Ismail dan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) menimbulkan syak wasangka di sebalik pungutan derma RM1.5 juta yang diterimanya pada 3 Ogos lepas.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, alasan Rafizi yang kononnya tidak tahu jumlah nilai saman itu agak mencurigakan sedangkan beliau secara terbuka memohon sumbangan orang ramai untuk membayar saman berkenaan.

“Kenyataan Rafizi jelas kelihatan agak pelik sedangkan beliau telah menjelaskan nilai saman yang perlu dibayar kepada Salleh sebelum orang ramai memberi sumbangan kepadanya.

“Lebih ketara apabila Rafizi beri alasan tidak tahu jumlah sebenar nilai saman selepas menerima notis tuntutan kebankrapan oleh panel peguam Salleh beberapa hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Rafizi telah menerima notis muflis ekoran kegagalan melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah melibatkan NFC.

Dokumen bertarikh 13 Julai itu berkuatkuasa pada 12 September lalu dan Rafizi berhak memfailkan bantahan dalam masa tujuh hari.

Salleh telah mengesahkan perkara itu dan beliau serta peguamnya telah tiga kali menghubungi Rafizi tetapi tiada maklum balas diterima setakat ini.

Zulkarnain juga berkata, dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu bahawa tuntutan kebankrapan itu merupakan satu usaha untuk memalu dan menjejaskan reputasinya adalah tidak timbul.

“Rafizi sepatutnya bertindak profesional dengan menghubungi peguam Salleh bertanya bagaimanakah cara dan jumlah nilai saman sepatutnya perlu dibayar beliau.

“Tindakan panel peguam Salleh membuat pengisytiharan kebankrapan terhadap Rafizi kemudian diiklankan di akhbar adalah prosedur biasa dan jelas mengikut saluran undang-undang sedia ada,” katanya lagi.

Pada November lalu, Rafizi diperintah membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC susulan kenyataannya berkaitan pembelian sebuah kondominium di KL Eco City.

Rafizi juga diperintah membayar mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana