KRISTIAN KAFIR BEBAS RUJUK JESUS ANAK ALLAH, ITU PERINTAH QURAN – WAN JI WAN HUSSIN

Kristian Kafir bebas untuk merujuk Jesus sebagai Anak Allah. Orang Islam yang beriman dengan al Quran seharusnya tidak membantah perkara tersebut kerana ia adalah perintah al Quran itu sendiri.

Demikian menurut Wan Ji Wan Hussin di dalam laman facebooknya. Kumpulan Kristian yang mengatakan Allah mempunyai anak, adalah kumpulan Kristian Kafir.

Walau pun kafir dengan mengatakan perkara sedemikian, Wan Ji menegaskan, Al Quran memerintahkan muslim untuk membenarkan kumpulan Kristian menggunakan nama Allah secara bebas untuk merujuk apa sahaja yang mereka mahukan termasuk persona di tiang salib tersebut sebagai Anak Allah.

Wan Ji Wan Hussin yang juga ketua Biro Agama PKR, berkata demikian ketika beliau ditanyakan oleh beberapa pengunjung laman facebook beliau tentang pendiriannya berkenaan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang-orang Kristian yang merujuk sembahan mereka sebagai Anak Allah.

Menurut Wan Ji, penggunaan kalimah Allah untuk Kristian adalah perintah Al-Quran. Kepercayaan Allah itu tiga atau ada anak adalah batil, bak kata Quran.

Jadi, Quran memberi kebebasan, bahkan menyuruh Kristian menggunakan kalimah Allah walaupun Quran akui bahawa Kristian kata Allah itu tiga atau ada anak itu sebagai batil.

Beberapa pengunjung turut mempersoalkan kewajaran Wan Ji menggunakan perkataan “perintah al Quran” untuk mewajarkan pendapatnya.

Wan Ji Pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan menggelarkan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sebagai ‘ulama kepala lutut’ di atas isu yang sama.

Ini kerana kenyataan Allahyarham yang bertegas tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah, menyebabkan Wan Ji mengeluarkan kenyataan berikut : “masalahnya sekarang,harun din pun dah berhujah macam UMNO..mengkafirkan org dengan penilaian kepala lutut…kepala lutut punya ulama”

Wan Ji mendapat kecaman pelbagai pihak disebabkan kenyataan tersebut.

Beberapa tahun sebelum ini, sebuah video yang memuatkan rakaman Wan Ji membuat perancangan untuk menghapuskan Kesultanan Melayu menjelang tahun 2030 tular dan mendapat reaksi netizen yang mahukan beliau dikenakan tindakan undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana