KR1M ditutup, akan diberi nafas baru...Bagi Pihak Pembangkang Kata Bangkrap Dan Macam Macam Lah

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diwujudkan di seluruh negara secara berperingkat bermula tahun 2011, mula ditutup sejak Isnin lalu.

Difahamkan, penutupan itu ada kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menamatkan kontrak pengendali KR1M, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Julai lalu, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaan.

Berikutan arahan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Program KR1M 2.0 akan dilancarkan tahun ini bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak pilihan produk pada harga lebih murah daripada pasaran.

KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Ia bertujuan menjual pelbagai barangan harian pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Memetik laporan akhbar Berita Harian, hampir kesemua premis KR1M sudah ditutup dengan notis ditampal di hadapan kedai itu berbunyi "KR1M akan ditutup sementara, segala kesulitan amat dikesali'.

Difahamkan, arahan penutupan sementara itu dikeluarkan sejak Isnin lalu di semua premis KR1M di seluruh negara.

Pekerja KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya, Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, berkata penutupan sementara itu dibuat bagi membolehkan proses pengiraan stok dilakukan.

"Pihak kami menutup sementara premis ini sebab mahu kira stok yang ada, sama ada yang sudah tarikh luput atau belum. Kami terima arahan penutupan ini Isnin lalu," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau juga tidak pasti bila premis itu akan dibuka semula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana