Khir Toyo bersedia bantu tawan Selangor

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo bersedia mencurahkan segala pengalaman yang beliau miliki bagi membantu jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor merampas kembali tampuk pemerintahan daripada tangan pembangkang pada PRU akan datang.

“Saya positif dan sedia membantu,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini perancangan dan peranan yang bakal diberikan kepada dirinya masih kabur dan belum dijelaskan oleh UMNO Selangor.

“Saya pun tak boleh ulas banyak kerana perkara ni masih baru, Tan Sri Noh pun semalam dia beri kenyataan.

“Tunggulah perbincangan saya dengan badan perhubungan UMNO Negeri, dari situ baru saya akan tahu bagaimana khidmat dan pengalaman saya dapat membantu BN,” jelasnya lagi.

Respon positif daripada Khir itu adalah susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bahawa parti itu bakal memanfaatkan segala pengalaman yang dimiliki tiga bekas Menteri Besar negeri itu dalam misi menumbangkan pembangkang pada PRU ke-14 nanti.

Tiga bekas Menteri Besar itu termasuklah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau Mat Taib yang telah pulang ke pangkuan UMNO minggu lalu dan Tan Sri Abu Hassan Omar.

“Saya sudah bincang, Mat Taib akan balik pada kita bukan sahaja seorang diri, tetapi bekas-bekas menteri besar iaitu Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Khir Toyo.

“Insya-Allah, tiga bekas menteri besar ini akan berganding bahu bersama-sama dengan saya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional,” kata Noh semalam.

Setelah lima tahun bersama pembangkang, Mat Taib akhirnya menyesali tindakannya itu dan membuat keputusan untuk menyertai semula UMNO.

Beliau mendakwa, pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan untuk orang Melayu dan ini menyebabkan hatinya mula tawar untuk meneruskan perjuangan bersama pembangkang.

“Saya buat keputusan ini setelah lima tahun meninggalkan parti dan telah melihat keadaan dalam mesyuarat parti pembangkang, tiada agenda Melayu dibincangkan.

“Saya berpendapat tiada jalan lain atau parti lain selain UMNO yang sentiasa memperjuangkan kepentingan orang Melayu,” katanya pada sidang media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Justeru itu, Mat Taib bertekad untuk membantu BN dalam misi menawan semula Selangor pada PRU akan datang.

“Saya berjanji akan bersama-sama pemimpin parti terutama di Selangor, yang mana saya lihat banyak kepentingan orang Melayu diketepikan dan ini sebenarnya merugikan orang kita,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana