KHALID IBRAHIM MAMPU MANTAPKAN GABUNGAN TIGA BEKAS MB BN – PENGANALISIS

Gandingan tiga bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo sahaja tidak cukup untuk membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy sebaliknya berpendapat perkara itu hanya boleh berlaku sekiranya seorang lagi bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut menyertai tiga gabungan berkenaan.

Ini kerana menurutnya, Khalid mampu memberikan keyakinan khususnya kepada pengundi muda dan pengundi atas pagar untuk memberikan sokongan kepada BN memandangkan pemimpin itu telah banyak melakukan perubahan di Selangor sebelum ini.

“Gandingan tiga individu ini yang tahu selok-belok politik, dalam satu perspektif mereka memang ada sumbangan, mungkin boleh membantu.

“Tetapi masalahnya sekarang adalah apakah ketiga-tiga individu ini memiliki ‘wow-faktor’ dan apa yang menarik tentang mereka bertiga ini?

“Ini (gabungan tiga Mat Taib, Hassan Omar dan Khir Toyo) satu strategi yang tidak bagus untuk BN, tidak memberi apa-apa kelebihan kepada BN kerana pengundi muda macam saya. Pengundi yang atas pagar ini sebenarnya tidak teruja langsung dengan mereka, tapi ia akan jadi berbeza kalau Tan Sri Khalid masuk sekali kerana ia akan mengubah seluruh landskap politik di Selangor,” katanya kepada Antarapos.

Terdahulu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib kembali ke pangkuan BN setelah melompat kepada PAS dan PKR.

Mat Taib dikatakan bakal berganding dengan Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo untuk membantu BN menawan semula negeri Selangor.

Menyusul selepas itu, Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar pula menjemput Tan Sri Khalid untuk bergabung bersama ketiga-tiga pemimpin itu.

Namun sehingga kini, Khalid masih belum memberikan reksi ke atas ‘undangan’ yang dibuat Noh tersebut.

Dalam pada itu mengulas lanjut, Edwin mengakui rakyat khususnya pengundi muda dan pengundi atas pagar di negeri bawah kerajaan PKR ketika ini tidak teruja dengan gabungan Mat Taib, Hassan Omar dan dan Khir Toyo.

Ujarnya, tidak ada sesuatu yang ‘wow’ daripada mereka bertiga yang mampu memastikan rakyat di Selangor untuk memberikan kepercayaan kepada BN bagi memerintah semula Selangor.

“Memang sukar (tanpa Khalid), sebab memang sekarag kita nampak BN lakukan banyak perkara di Selangor, banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat diberikan di Selangor terutamanya di bawah Noh Omar, kita nampak itu strategi yang bagus tetapi kita kena ada wow-factor.

“Tetapi kalau Tan Sri Khalid bergabung dengan BN, jadi ya, kita ada wow-faktor itu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana