KERANA HINA PM, PEMBANTU PENGERUSI DAP SARAWAK DITAHAN

Abdul Aziz Isa yang merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen ditahan hari ini atas dakwaan menghina perdana menteri.

Aziz ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak menjejaskan keamanan.

Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching itu dalam catatan di Facebooknya berkata, bekas calon Batu Kitang itu ditahan selepas “memuat naik komen tidak menyenangkan mengenai perdana menteri”.

Beliau turut mendakwa polis enggan membenarkan seorang peguam hadir ketika Aziz disoal siasat.

Chien Jen mengesahkan penahanan itu seperti dilaporkan FMT dan berkata, setahu beliau penahanan itu dikaitkan dengan kenyataan Aziz yang dimuat naik ke Facebook.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana