Kerajaan larang rakyat Malaysia ke Korea Utara berkuatkuasa serta merta

Semua rakyat Malaysia dilarang untuk memasuki Korea Utara berkuatkuasa hari ini sehingga pengumuman sebaliknya kata satu kenyataan Wisma Putra Khamis.

Untuk rekod, pasukan bola sepak Malaysia dijadual bertemu dengan Korea Utara bagi aksi ketiga Kelayakan Piala AFC 2019 Kumpulan B di Pyongyang pada 5 Oktober depan, namun tidak dapat dipastikan sama ada larangan perjalanan itu bakal menjejaskan perlawanan tersebut.

“Kementerian Luar Negeri dengan ini memberitahu orang ramai bahawa semua rakyat Malaysia dilarang pergi ke Republik Rakyat Demokratik Korea Utara (Korea Utara) sehingga notis selanjutnya .

“Keputusan ini diambil memandangkan peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan yang timbul daripada ujian peluru berpandu,” ujar kenyataan tersebut.

Larangan tersebut akan diteliti sebaik saja keadaan di negara berkenaan telah kembali normal.

19 September lalu, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima kunjungan diplomat Korea Utara menjelang perlawanan bola sepak antara kedua-dua negara.

Pertemuan antara Tunku Ismail dan Charge D Affairs, Kim Yu Song dari Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur itu turut membincangkan hubungan dua hala dan isu-isu semasa dunia.

Tunku Mahkota Johor itu diberi penghormatan istimewa menggunakan ruang udara Pyonyang sepenuhnya dan pada bila-bila masa sekiranya baginda ingin melawat negara berkenaan.

Keadaan itu merupakan sesuatu yang jarang berlaku bagi mana-mana pemimpin dunia.

Malaysia perlu berada antara dua pasukan teratas dalam Kumpulan B sebelum layak ke Piala AFC 2019 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu dari 5 Januari hingga 1 Februari tahun depan.

Sebelum ini, Harimau Malaya tewas 2-1 kepada Lebanon dan seri 1-1 dengan Hong Kong dalam dua perlawanan kelayakan Piala AFC.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut menyatakan kebimbangan bahawa pemain dari pasukan kebangsaan terdedah kepada unsur sabotaj sekiranya AFC memaksa Harimau Malaya beraksi di Pyongyang.

Manakala kerajaan Malaysia menyertai negara dunia lain mengecam pelancaran peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara dengan menyatakan rejim komunis itu tidak mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ia berikutan ujian senjata berkenaan baru-baru menimbulkan ketegangan di Semenanjung Korea dan ancaman keselamatan serantau.

Selain itu, hubungan Putrajaya- Pyongyang tegang tahun ini apabila berlakunya pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong un, Kim Jong nam 46, mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 pada 13 Februari lalu.

Ia semakin meruncing apabila sembilan rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara itu ekoran krisis Putrajaya-Pyongyang.

Krisis itu bagaimanapun berakhir pada 30 Mac lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kesemua sembilan rakyat Malaysia selamat dibawa pulang ke tanahair.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana