Kerajaan hargai sumbangan kaum Cina – PM

Kerajaan menghargai usaha komuniti Hokkien di Malaysia kerana memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, kejayaan masyarakat Hokkien dalam perniagaan disebabkan etika kerja yang baik, bekerja keras serta memiliki ciri-ciri keusahawanan.

“Saya berharap anda akan terus bekerja keras untuk menjadi seperti keusahawanan dan inovatif yang mungkin supaya boleh membantu untuk membawa Malaysia mencapai pertumbuhan ke tahap lebih tinggi,” kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam sempena Ulang Tahun ke-60 Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia (FHAM),  Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Presiden FHAM, Tan Sri Khoo Chai Kaa dan Duta Besar Republik China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Di Malaysia, komuniti Hokkien mewakili majoriti tokoh-tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia.

Lapan puluh peratus daripada 10 usahawan teratas yang berjaya di negara ini adalah dari komuniti berkenaan..

Tegas Najib, Malaysia berhasrat untuk menjadi salah satu ekonomi yang terkemuka di dunia.

“Kita tidak boleh bergantung kepada sumber semula jadi seperti dahulu. Minyak walaupun sebagai sumber mungkin tidak berharga seperti yang lazimnya sebelumnya.

“Apapun kita perlu menggunakannya dengan baik terutama kemahiran rakyat kita, modal intelektual dan dorongan keusahawanan supaya boleh mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi,” kata beliau

Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mengulangi janji kerajaan Persekutuan untuk membina lebih banyak sekolah jenis kebangsaan Cina di negara ini kerana beliau percaya sekolah berkenaan mampu menyumbang kepada pembangunan negara dengan mendidik anak muda menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

“Ini sangat jelas tentang bagaimana adil dan saksama kerajaan BN sekarang. Saya juga percaya negara ini akan mendapat manfaat daripada kepelbagaian budaya.

“Dan kita tidak boleh melihat kepelbagaian sebagai satu masalah yang menghalang perpaduan negara tetapi ia adalah sumber kekuatan bagi negara jika ia dihargai dan memanfaatkannya dengan cara yang betul,” kata beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana