“KENAPA UMNO SUSAH TUMBANG, SUSAH MATI”? – ANNUAR MUSA

“Bila orang tanya saya kenapa UMNO susah tumbang dan susah mati, saya jawab ini adalah kerana ia parti yang mempunyai DNA yang asli. Bukan pecahan pukan picisan… ia satu perjuangan yang lahir dari rahim negara bangsa yang dikandung selama 446 tahun dan akhirnya terbentuk dengan satu kalimah iaitu ‘bersatu’,” ujar Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa.

Jelas beliau, sekiranya rosak konsep bersatu maka akan lemahlah UMNO dan kerana itulah pembangkang sering memainkan politik memanipulasi isu bagi memporak-perandakan kesatuan ahli serta seterusnya melemahkan parti keramat ini.

“Isu ini tidak akan habis dan tidak akan ada penghujung. Walaupun sesuatu isu yang diwujudkan dapat diselesaikan tetapi ini tidak menjamin akan datang tidak ada isu.

“Sebagai contoh, waktu saya jadi menteri setiap hari ada mesyuarat dalam kabinet… segalanya dibincangkan tetapi hanya selepas 20 tahun kemudian baru tahu zaman saya hilang RM32 bilion.

“Pada tahun 1993, RM32 bilion sama dengan RM100 bilion pada hari ini. RM32 bilion tahun 1993 adalah separuh daripada rizab negara kerana pada tahun itu rizab negara hanya berada pada kira-kira RM63 bilion. Bayangkan kalau tahun itu ia mahu dijadikan isu,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi salah seorang panel pada sesi ‘townhall’, Dialog Perjuangan4all di sini malam tadi.

Terang Annuar seterusnya, di akhir zaman pemerintahan Tun Mahathir (Mohamad) rizab negara ada lebih kurang RM90 bilion namun sekarang ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, rizab negara berada pada tahap RM430 bilion.

“Kenapa tidak mahu bicarakan hal ini… yang asyik bising hanya pasal RM2.6 bilion tetapi yang ada dalam poket RM430 bilion terlupa nak dibicarakan.

“Inilah yang dikatakan politik isu. Bergantung kepada cara ‘spin’, iman politik yang mendengar dan bergantung kepada intelek orang yang berfikir.

“Oleh itu mari kita kembali kepada asas politik… asas politik itu yang menentukan kita pilih jalan yang betul atau yang salah dalam membina negara bangsa kera politik itu perjuangan, bukan permainan,” tegasnya.

Turut sama menjadi panel pada sesi tersebut adalah Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari dan Exco Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana