Kemesraan selubungi pertemuan...Trump buat luar kelaziman sambut dan hantar sendiri Najib

Biar gambar bicara...detik kemesraan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Rumah Putih di Washington pada Selasa.

Ia tentu mengecewakan kalangan yang berusaha bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir memutar menerusi pelbagai cara termasuk di media Barat untuk memperlekehkan pertemuan yang penting dalam hubungan kedua negara itu.

Trump menyambut sendiri ketibĂ an Najib pada jam 11.45 di West Wing Rumah Putih.

Mereka kemudian mengadakan pertemuan empat mata di Oval Office yakni ruang pejabat Presiden Amerika sebelum diikuti dengan mesyuarat delegasi dua negara di Cabinet Room.

Perdana Menteri adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke ibu negara Amerika itu atas undangan Trump.

 Kunjungan itu berlangsung lebih sejam.

Delegasi Malaysia yang menyertai lawatan Perdana Menteri terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Pada mesyuarat delegasi dua negara,selain Trump pihak Amerika disertai Naib Presiden, Mike Pence, Setiausaha Negara, Rex Tillerson, Menteri Pertahanan James Mattis; Ketua Staf, Jeneral John Kelly, Penasihat Keselamatan Negara Leftenan, Jeneral HR McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.

Barisan delegasi Amerika yang terdiri dari pimpinan utamanya dikatakan jelas mengambarkan bagaimana negara kuasa besar itu beri perhatian penting dalam hubungan dengan Malaysia.

Najib dan Trump dilihat gembira berjabat tangan beberapa kali dan memaut lengan masing-masing semasa berjalan masuk dan keluar bilik mesyuarat West Wing.

Pegawai yang berada di Rumah Putih berkata Trump mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.

"Trump diingatkan oleh seorang daripada pegawainya mengenai perkara itu tetapi beliau memberitahu pegawai itu yang beliau akan mengiringi PM Najib hingga ke tingkat bawah untuk mengucapkan selamat jalan.

"Trump berkata beliau (Najib) sahabat saya," menurut pegawai itu.

Sementara itu pada jamuan malam Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN dan Dewan Perniagaan Amerika di Hotel St Regis selepas itu Perdana Menteri menyifatkan perbincangan beliau dengan Trump di Rumah Putih pada Selasa sebagai "pertemuan yang positif dan mesra".

"Kali terakhir kami berjumpa beberapa tahun lepas, kami bermain golf satu pasukan. Ia pertemuan yang berjaya bagi kami kerana pasukan kami menang.

"Dan perbincangan kami tadi banyak tertumpu kepada bagaimana kedua-dua negara boleh terus berjaya dengan bekerjasama erat, " katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana