Kembalilah kepada UMNO... pintu sentiasa terbuka

Kepada ahli dan pemimpin UMNO yang pernah merajuk dan membawa diri bersama pembangkang... ada mesej khas daripada Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa... kembalilah ke pangkuan parti.

Menurut beliau, sebagai parti teras kerajaan BN, UMNO mengalu-alukan apa sahaja bentuk tindakan yang membawa kepada solidariti dan kekuatan politikparti.

"Kita harap lebih ramai lagi pemimpin yang pernah bersama UMNO untuk kembali kerana pintu parti sentiasa terbuka kepada mereka," katanya kepada Agendadaily pada Ahad.

Terdahulu Annuar menafikan tindakan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang keluar parti pada tahun 2013 untuk menyertai parti pembangkang dan kini kembali 'rujuk' bersama UMNO merupakan strategi sebagai 'spy' UMNO.

Annuar berkata UMNO tidak mengamalkan strategi 'mata-mata' sehingga ke tahap keluar parti dan lawan parti.

"Oh tidak, UMNO tidak seperti itu (spy). Beliau mempunyai sebab tersendiri untuk menyertai PAS pada tahun 2013 dan menyertai PKR pada 2015 kerana mereka berjaya di Selangor.

"Dalam tempoh itu, beliau mengambil masa untuk melihat banyak perkara dan berfikir. Beliau merupakan seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi, komited dan merasakan perjuangannya lebih bermakna kepada UMNO," katanya.

Sementara itu, Mat Taib berkata, keputusannya untuk menyertai semula UMNO dibuat setelah menyedari beliau tidak dapat meneruskan perjuangan agenda Melayu di dalam parti pembangkang.

"Saya lihat dalam mesyuarat tertinggi mereka (pembangkang) tiada langsung disentuh agenda Melayu," katanya yang menyertai PAS pada 2013 dan kemudiannya menyertai PKR pada 2015.

"Saya merasakan ini adalah politik tidak sihat," tambanya yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor sejak 1986 sehingga 1997.

Ditanya sama ada beliau akan ditawarkan jawatan dalam UMNO baik di peringkat negeri atau nasional, beliau menjelaskan, keputusan yang dibuatnya adalah semata-mata atas dasar perjuangan.

"Saya ingin meneruskan perjuangan agenda Melayu dan sedar bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang menjaga kepentingan Melayu, dan juga kaum lain," katanya.

Mat Taib yang menceburi bidang politik sejak berusia 19 tahun itu pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Kali pada pilihan raya 1986.

Beliau juga pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi buat pertama kali pada 1987 dan memegang jawatan Naib Presiden UMNO (2000-2003).

Pada Mac 2008, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO dan menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada tahun yang sama (Mac 2008-9 April 2009).

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang Sejarah dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana