KALAU TAK TAKUT, KENAPA SI PUDIN NI MEROYAN?

Politik Baru memang gini ke caranya? Belum apa - apa lagi Si Pudin tu dah meroyan tak tentu arah dek kerana tiga orang bekas Menteri Besar Selangor nak bergabung menentang Pakatan.

Dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Pudin ni memperlihatkan tahap 'Menggelupor Biawak' puak Pakatan Haprak tu bila ketiga - tiga bekas pemimpin Selangor tu bersatu.

Kot kalau sebelum ini, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu mendakwa tindakan Tan Sri Muhammad Mohd Taib meninggalkan PKR tidak memberi sebarang kesan kepada mereka.

Tapi hakikatnya, bila ketiga - tiga bekas pemimpin Selangor tu menyatakan hasrat mahu menumbangkan Rejim Pakatan, kenapa puak - puak Pakatan Haprak tu menggelupor tak tentu arah?

Kiranya, kalau tindakan Mat Taib tu tidak memberi sebarang kesan, sudah pasti mereka tak akan ambil peduli dengan gabungan yang dibentuk oleh ketiga - tiga bekas Menteri Besar Selangor tu.

Namun sebaliknya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan seperti Si Pudin ni memberi gambaran seolah - olah mereka takut nak menghadapi saingan dari ketiga - tiga pemimpin tersebut.

Antara lain, Si Pudin ni mendakwa gabungan ketiga - tiga pemimpin itu tidak memberi sebarang siginifikan dan menganggap kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh pengundi.
“Yang akan tentukan kedudukan kerajaan Selangor itu bukan tiga orang itu tetapi seluruh pengundi dan rakyat di Selangor. Tetapi kita harus melihat bahawa politik dan pilihan raya itu bukan ditentukan oleh orang tertentu," katanya yang dipetik FMT.

Kalau secara dasarnya, memang betul la apa kata Si Pudin tu. Kemenangan Pilihan Raya ni memang ditentukan oleh pengundi dan bukan oleh pemimpin mahupun individu yang tertentu.

Tinggal lagi, kenyataan dia tu tidak mencerminkan keyakinan puak Pakatan Haprak tu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Nak pulak bila puak Pakatan Haprak tu masih lagi berada dalam keadaan kucar kacir sehingga ke hari ini!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana